Dimaklumkan bahawa pendaftaran Kaunter Perkhidmatan
Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar UPM akan kembali beroperasi seperti biasa (secara temu janji) bermula 1 Februari 2021 (Isnin).
Pelawat TIDAK DIBENARKAN.
Pelanggan dikehendaki melengkapkan borang permohonan temujanji yang boleh didapati di laman web UVH atau menghubungi di HOTLINE berikut:
Haiwan Kesayangan: 03 9769 3954 / 3955
Haiwan Besar / Avian / Eksotik: 03 9769 3889 / 3981
Waktu Operasi UVH
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sabtu , Ahad dan Cuti Umum: TUTUP
Terima kasih.
Hospital Veterinar Universiti memulakan operasinya dengan sebuah klinik haiwan kesayangan dan sebuah klinik bergerak haiwan besar serta perkhidmatan makmal dan kini telah berkembang untuk menjadi sebuah hospital yang lengkap dengan klinik pesakit luar dan wad haiwan dengan kemudahan terkini yang dapat menawarkan rawatan kepada pelbagai spesies haiwan.