| FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
list of latest announcement

Dengan segala hormatnya merujuk perkara tersebut di atas.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Penutupan Operasi  Klinik Haiwan Kesayangan dan Klinik Avian Eksotik/Unit Ambulatori, Hospital Veterinar 

Universiti sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun 2019 seperti jadual di bawah :

 

BAHAGIAN

TARIKH PENUTUPAN KLINIK

Klinik Haiwan Kesayangan

7 Jun 2019 (Jumaat)

 

Klinik  Avian dan Eksotik dan Unit Ambulatori

4 & 7 Jun 2019  (Selasa & Jumaat)

 

Cuti Umum Hari Raya

 

5 & 6 Jun 2019 (Rabu & Khamis)

 Sekian untuk makluman dan perhatian tuan/puan.

Dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan UPM secara dalam talian telah boleh digunakan bermula 26 Mac 2018. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.

1.    Prasiswazah

2.    Siswazah 

3.    Penyelidikan dan Inovasi

4.    Perkhidmatan Sokongan

Sila rujuk Garis Panduan Sementara Kajian Kepuasan Pelanggan UPM.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
Ybhg. Prof./Dato'/Datuk/Dr/Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Fakulti dengan kerjasama pihak JKKP Selangor akan menganjurkan Taklimat Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) seperti maklumat berikut;
 
Tarikh: 19 Julai 2019 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: DKV A, Fakulti Perubatan Veterinar
Taklimat oleh: En. Syarifudidin bin Seban
 
Sehubungan dengan itu, seluruh warga fakulti adalah dijemput hadir ke taklimat ini. 
 
Kehadiran bagi semua PYB Makmal/Unit adalah diwajibkan.
 
Atas perhatian dan kerjasama semua dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) akan mengadakan satu program taklimat berkenaan Amalan EKSA. Taklimat tersebut akan dijalankan seperti berikut;

           

                        Tarikh                           : 22 Julai 2019 (Isnin)

                        Masa                            3.00 petang

                        Tempat                        : DKV A,FPV

                        Bil. Peserta                : Semua Warga Fakulti Perubatan Veterinar

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Dr Goh Yong Meng telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, UPM bagi tempoh 3 tahun mulai 1 Ogos 2019.
 
Tahniah.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Dr/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr Hasliza Abu Hassim, Jabatan Sains Pra Klinikal Veterinar telah berjaya dengan permohonan kenaikan pangkat dari jawatan Pensyarah Kanan ke jawatan Profesor Madya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2019.
 
Tahniah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Perkara di atas dirujuk.
 
Mulai bulan Ogos 2019 Perlupusan Sisa Klinikal akan dijadualkan 2 kali seminggu di stor perlupusan
 
Selasa  : 3.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi
 
Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
Assalamualaikum wbt. & salam sejahtera.
 
Dengan segala hormatnya merujuk tajuk seperti di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Audit Time Motion Study bagi Penolong Pegawai Sains di Fakulti Perubatan Veterinar akan dijalankan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh: 7 Ogos 2019 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat berkumpul: Bilik Jemaah, FPV. 
 
Satu sesi taklimat ringkas akan diadakan sebelum audit dijalankan. Sehubungan dengan itu tuan/puan dimohon untuk membawa bersama dokumen tersebut pada sesi audit tersebut;
 
1) Hard copy TMS,
2) Senarai Tugas.
 
Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Dengan segala hormatnya merujuk seperti tajuk di atas.
 
Dimaklumkan bahawa fakulti akan mengadakan  Taklimat Permohonan Bekalan Pakaian Keselamatan 2019 seperti butiran berikut;
 
Tarikh: 8 Ogos 2019 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Jemaah, FPV.
 
Sehubungan dengan itu, semua warga fakulti yang terlibat terutamanya yang memerlukan bantuan untuk mengisi Permohonan Bekalan Pakaian Keselamatan 2019 melalui google form https://forms.gle/RFuqQ13VR7UnHJdp8 dijemput hadir.
 
Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya merujuk  perkara di atas

Sehubungan itu, Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi jawatan seperti di bawah :

 

1)Pegawai Veterinar, GV41 (Haiwan Ladang Eksotik)
 
Tarikh tutup iklan adalah : 23 Ogos  2019. 
 
Maklumat lanjut berkaitan jawatan yang dikeluarkan adalah seperti di lampiran. Mohon majukan borang dan dokumen lengkap (Kad Pengenalan, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, sijil kelayakan dan sijil-sijil lain yang berkaitan) ke Pejabat Timbalan Dekan Hospital Veterinar Universiti.
 
Sekian terima kasih.

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera
 
YBhg. Prof. Datin Paduka/Prof./Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan seiring Visi EKSA FPV ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan Cemerlang Melalui Persekitaran Kerja Kondusif dan semua warga Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) adalah dijemput hadir bagi program taklimat Amalan EKSA yang dijalankan pada ;
           

TARIKH    : 22 OGOS 2019 (KHAMIS)

MASA       : 3.00 PETANG

TEMPAT   : DKV A, FPV

 

AGENDA PROGRAM EKSA FPV :

 

Masa

Agenda Program

2.50 petang

Ketibaan semua warga FPV

3.00 petang

Kata aluan Pengerusi

3.05 petang

Taklimat Penceramah EKSA
Encik Mohd Sahrizan Bin Mat Yatim

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM

5.00 petang

Selesai taklimat dan bersurai

 

KEHADIRAN adalah direkodkan sebagai Latihan.

 

  1. Tujuan taklimat ini diadakan agar seluruh warga FPV dapat menambah ilmu pengetahuandan menghayati dalam memahami falsafah, konsep, faedah dan kaedah pelaksanaan amalan EKSA bermula tahun 2019 ini dengan secara teratur dan bersistematik.

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan Veterinar UPM akan mengadakan Taklimat EMS (kertas, arkib dan e-waste) pada 30 Ogos 2019/Jumaat seperti yang di email pada 7 Ogos 2019 yang lalu ditukarkan tarikh atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Pindaan tarikh adalah seperti butiran berikut:

 

Tarikh        :        6  September  2019 (Jumaat)

Masa           :        3.00 pm - 5.00 pm

Tempat      :        Dewan Kuliah Veterinar A (DKVA) Fakulti Perubatan Veterinar, UPM  

  

Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan dijemput menghadiri taklimat tersebut untuk memahami Proses penggunaan, penjimatan dan pelupusan kertas, arkib dan e-waste di fakulti.

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara tersebut diatas.

 

Seperti yang sedia maklum bahawa gotong royong EKSA 2019 akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

 

Tarikh : 14 September 2019 (Sabtu/Esok)

Masa : 8.30 pagi

Tempat: Foyer Fakulti Perubatan Veterinar

 

Gotong royong ini diadakan bagi tujuan untuk menyisih, menyusun dan tagging mengikut zon kawasan yang telah ditetapkan. Mengikut siri pertama ini kawasan yang diutamakan adalah Bilik Mesyuarat, Pantri, Ruang Pejabat dan Tandas. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dikehendaki hadir untuk program gotong royong ini.

 

Bersama ini disertakan Tentatif  Program untuk  rujukan dan makluman seperti di bawah :

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

  Tentatif Gotong Royong Perdana EKSA/5S 2019

14 September 2019 (Sabtu)

Fakulti Perubatan Veterinar

 

 

8.30 pagi                          :         Berkumpul di Foyer Fakulti Perubatan Veterinar

8.35 pagi                          :         Bacaan Doa

                                                Taklimat oleh Pentadbiran

8.45 pagi                          :         Pembahagian Zon/petugas mengikut Zon

 Zon A : Pentadbiran

(Puan Norafzan Jaafar)

 Zon B : Akademik

(Puan Noor Saidatul Akma Abu Bakar)

 Zon C : Hospital Veterinar Universiti

(Puan Nurul Alwani Abd. Hamid)

8.50 pagi                                    :         Bergerak ke zon masing-masing

9.00 pagi – 1.00 Tengahari    :        Proses sisih/susun dan tagging dilaksanakan

                                                     Kawasan Utama adalah :

 

 Bilik Mesyuarat

  Pantri

  Ruang Pejabat

 Tandas

 

        * Etika pakaian adalah berpakaian sukan

17 September 2019 - Tuesday,  All students of UPM

 

Due to the current haze situation, all classes for tomorrow (Wednesday, 18th September 2019) shall be postponed. The new date shall be arranged with the respective lecturers.

 

Thank you

 

Deputy Vice Chancellor (Academic and International)

Universiti Putra Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa KSRV 2018-2019 akan mengadakan Program Hari Keluarga FPV 2019 pada:-
 
Tarikh: 7 Disember 2019 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tghr
Tempat: Tadom Hill Resort, Daerah Kuala Langat, Banting,  Selangor
 
Walau bagaimanapun, kami memerlukan pengesahan bilangan penyertaan daripada YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tuan/Puan supaya kami dapat menganggarkan persediaan keperluan seperti jamuan, hadiah dan juga t'shirt (sekiranya ada bajet).
 
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini saya sertakan google form  untuk dilengkapkan oleh  YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tuan/Puan  untuk memudahkan pihak kami mengetahui bilangan penyertaan.
 
 
Tarikh tutup penyertaan: 17 Oktober 2019
 
Dikesempatan ini juga saya ingin memohon sekiranya ada di antara warga Fakulti yang sudi untuk menaja makanan atau wang atau hadiah, sila berurusan dengan saya atau PM Dr Hafandi atau PM Dr Hasliza atau Puan Norafzan sebelum/pada 20 November 2019.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.
 
"SOKONGAN SEMUA KEJAYAAN BERSAMA"
 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

 
YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa dua (2) orang pegawai telah dinaikkan pangkat dari jawatan Pensyarah Kanan DS51 ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2019, iaitu:-
 
  1. PROFESOR MADYA DR NORANIZA MOHD ADZAHAN, JPPHLE; dan
  2. PROFESOR MADYA DR INTAN SHAMEHA ABDUL RAZAK, JSPV.
Tahniah kepada kedua-dua pegawai.
 
Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.

Assalamualaikum wbt. & Greetings.

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Mr./Mrs./Ms.,

 

Veterinary Laboratory Services Unit (VLSU) in a collaboration with Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organising the “VLSU Open Day 2019". The details of the seminar are as the following:

 

Date                            : 30th October 2019 (Wednesday)

Time                           : 8.30 am – 5.00 pm 

Venue                         : Bilik Jemaah, Faculty of Veterinary Medicine, UPM

Fees                           : RM 30.00

CPD                            : 26 Points

Registration Link      : https://forms.gle/faxArARdXd5PpjrH8

 

For further information, please refer to the brochure as attached. Kindly indicate your attendance by completing the online form latest by 24th October 2019 (Thursday). We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who may be interested to attend.

 

Thank you.

KSRV ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Perayaan Deepavali pada hujung minggu ini kepada rakan-rakan yang beragama Hindu. Semoga dengan pesta cahaya tahun ini menguatkan lagi hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan perpaduan sesama kita semua...Bagi rakan-rakan yang lain, selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya!!
 
P/S: Juga, KSRV dengan rendah diri ingin memohon sumbangan dari dermawan Fakulti (Tujuan: Hamper kanak-kanak) bagi Hari Keluarga Veterinar yang diadakan pada bulan Disember nanti. Terima Kasih Semua...
 
Fendi KSRV
 
 
image.png
Assalamualaikum dan salam sejahtera
 
Sempena Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia (World Antibiotic Awareness Week) yang berlangsung pada 18-24 November 2019 ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (Farmasi, IMR dan Bahagian Perkembangan Perubatan) akan meraikan dan menyambutnya dengan konsep One Health melalui program seperti butiran berikut:
 
5KM Antibiotic Fun Run 2020
Tema : "Unnecessary use causes harm"
Tarikh : 19 Januari 2020 (Ahad)
Tempat : MAEPS, Serdang

Sehubungan itu, mohon semua persatuan di bawah Sektor Animal Health yang juga merupakan Ahli NARC, untuk memanjangkan dan menguar-uarkan hebahan aktiviti Antibiotic Fun Run 2020 ini kepada ahli yang berminat. Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui link : www.ticket2u.com.my/event/15738   (juga boleh hebahan melalui whatsapp dan laman web rasmi persatuan) .
Untuk makluman, Fun run ini juga terbuka kepada orang awam selain stakeholder yang berkaitan sektor animal health dan human health.
 
Tarikh tutup pendaftaran online adalah pada 25 Disember 2019 (Rabu)
 
Ayuh...tunjukkan sokongan anda dalam menangani isu kerintangan antimikrobial (Antimicrobial Resistance) yang melibatkan kitaran dan rantaian kompleks antara manusia, haiwan dan persekitaran. Mainkan peranan anda.
 
 "WE NEED YOU"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara diatas.

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Mahasiswa Islam Veterinar (MIVET) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar (VETERNAK), Universiti Putra Malaysia akan mengadakan“Minggu Penghayatan Islam Veterinar VIII” pada 11 November 2019 hingga 15 November 2019.                       

Untuk makluman YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, penganjuran “Minggu Penghayatan Islam Veterinar VIII” adalah bertujuan untuk memberi anjakan paradigma dalam diri setiap mahasiswa demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik agar menjadi veterinawan terbaik serta mengamalkan prinsip dan akhlak yang soleh. Dengan pelaksanaan program sebegini juga, kita dapat memupuk semangat kerjasama dan kemahiran pemikiran kritis dalam kehidupan seharian bagi pihak yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan  ke majlis perasmian “Minggu Penghayatan Islam Veterinar VII” dan acara yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Perkara : Majlis Perasmian dan Ceramah ‘Depression: Break the Stigma’
Tarikh : 11 November 2019 (Isni
Tempat : Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar
Masa : 7.45 – 10.30 malam
Pakaian : Semi formal
Penceramah : Prof. Madya Dr. Siti Aishah Binti Hassan dan Ustaz Khairul Amri Bin Helmi Azhar

Perkara : Ceramah ‘Suci Taharah’
Tarikh : 12 November 2019 (Selasa)
Tempat : Surau Khulafa’ Ar-Rasyidin, Kolej Tujuh Belas
Masa : 7.45 - 10.30 malam
Pakaian : Semi formal
Penceramah : Ustaz Mohd Sukki Bin Othman

Perkara : Ceramah ‘Islamophobia’
Tarikh : 13 November 2019 (Rabu)
Tempat : Surau Khulafa’ Ar-Rasyidin, Kolej Tujuh Belas
Masa : 7.45 - 10.30 malam
Pakaian : Semi formal
Penceramah : Prof. Madya Dr. Mat Rofa Bin Ismail

Perkara : ‘Malam Simfoni’ dan Malam Penutup
Tarikh : 14 November 2019 (Khamis)
Tempat : Auditorium, Fakulti Perubatan Veterinar
Masa : 7.45 - 10.30 malam
Pakaian : Semi formal

Perkara : Usrah (wanita sahaja)
Tarikh : 15 November 2019 (Jumaat)
Tempat : Dewan Kuliah Veterinar A, Fakulti Perubatan Veterinar
Masa : 12.30 tengah hari – 1.30 petang
Pakaian : Semi formal
Penceramah : Ustazah Nik Farhan Binti Mustapha

Semoga dengan kesudian  Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan menerima jemputan ini akan memberi suntikan semangat kepada peserta program ini seterusnya memeriahkan lagi majlis tersebut dan segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.           

“BERILMU BERBAKTI”

Yang menjalankan tugas,

(MUHAMMAD ZHARFAN BIN RAZUARDI)

Pengarah

Program Minggu Penghayatan Islam Veterinar VIII,

Kelab Mahasiswa Islam Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar

Universiti Putra Malaysia

014-2926831

Penasihat Program

Dr. Nor Yasmin Binti Abd Rahaman

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara diatas.
 
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fakulti akan menganjurkan Majlis Ikrar dan Penyampaian Hadiah FPV ke-42 seperti butiran berikut:
 
Tarikh: 17 Nov 2019 (Ahad)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Auditorium FPV
Aturcara: Seperti di Lampiran 
 
Sehubungan itu tuan/puan dengan ini dijemput dengan penuh takzim untuk hadir bersama-sama meraikan majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Adalah dimaklumkan bahawa Kajian Kepuasan Pelanggan UPM secara dalam talian telah boleh digunakan sejak 26 Mac 2018 yang lalu. Sistem ini boleh diakses terus melalui pautan di sini dengan menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar. Kategori Kajian Kepuasan Pelanggan UPM yang meliputi empat (4) Skop Utama iaitu Prasiswazah, Siswazah, Penyelidikan dan Inovasi serta Perkhidmatan Sokongan.

Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah di bawah kategori Skop Perkhidmatan Sokongan. Justeru, bagi tuan/puan yang pernah mendapatkan khidmat PPKKP atau berurusan dengan kami, tuan/puan adalah dipohon untuk melengkapi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan menerusi pautan di bawah

 

Image result for button click

KLIK DI SINI UNTUK MELENGKAPKAN BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

 

Semoga dengan hasil Kajian Kepuasan Pelanggan yang dilengkapi dapat membantu PPKKP dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan urusan seharian kami. Disamping itu kami sentiasa komited dalam mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan demi mencapai visi dan misi Universiti Putra Malaysia.

Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 24 (4) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik YBhg. Profesor Dr. Abdul Rahman Omar sebagai Dekan, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 Disember 2019 hingga 30 November 2022.

Semoga makluman ini mendapat perhatian seluruh warga kampus.

Sukacita dijemput YBhg.Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan untuk hadir bersama-sama memeriahkan Mobile Clinic  Dan Pameran Haiwan sempena Pesta Konvo 2018 yang akan berlangsung pada:
 
Tarikh  : 15 November sehingga 20 November 2019
Masa   : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Bukit Ekspo, Serdang
 
Kehadiran YBhg.Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Salam Sejahtera Warga Fakulti Sekalian, 

Diharapkan semuanya sihat dan ceria di samping  tugas harian..
 
Kepada warga fakulti yang sudah mengesahkan nama dan bayaran, jangan lupa "Family Day" kita pada:
 
Hari                   : Sabtu (7hb Disember 2019).
Masa                 : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Tempat             : Tadom Hill Resorts, Banting.
Kelengkapan   : Sila bawa payung dan tikar untuk keselesaan.
Pakaian            : Merah (Sekiranya ada)
Aturcara           : Dilampirkan
 
Untuk makluman, makanan pagi dan tengahari disediakan. Walaubagaimanapun, sekiranya ada yang ingin membawa makanan (potluck), kami alu-alukan dengan ucapkan Terima Kasih😘
 
Jom kita berpesta!
 
Fendi
KSRV Sesi 2018/2019

Dear Prof./Dato'/Dr.,

Universiti Putra Malaysia Veterinary alumni (UVA) will be organizing UVA Homecoming 2019 on the 19th of December 2019 (Saturday) starting from 1.30 p.m. until 11.00 p.m at the Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.  All UPM Veterinary alumni are cordially invited to attend these events.  Details of each event are as follows:

Event 1: UVA Seminar

Topic: Update on the Regulation and Usage of Biologics and Drugs in Veterinary Practice (DVS and NPRA Perspective), Forum

Time: 2.00 – 4.00 p.m.

Fee: RM20

CPD: 8 points

 

Event 2: UVA Annual General Meeting (AGM)

Time: 4.15 – 5.30 p.m.

Fee: FOC

CPD: 15 points

 

Event 3: UVA Reunion Dinner

Programme: Speech by UVA President and Vice Chancellor UPM, Plaque Launching for DVS Graduates of 1978 to 2019, Dinner

Time: 7.00 p.m. – 11.00 p.m.

Fee: RM80 (adults) & RM40 (children)

CPD: Non allocated

 

Please register now at https://forms.gle/t3U9BU5pwjM768YB7.  For further enquiries please don’t hesitate to email uva.reuniondinner2019@gmail.com.  We look forward to seeing you there.

 

Best regards,

Dr. Mazlina Mazlan

UVA Assistant Secretary

University Veterinary Alumni in a collaboration with Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organising the “Seminar on Avian and Exotic Medicine". The details of the seminar are as the following:

Date                            : 10th December 2019 (Tuesday)

Time                           : 8.15 am – 1.00 pm 

Venue                         : Bilik Jemaah, Faculty of Veterinary Medicine, UPM

Fees                           : RM 50.00

Registration Link      : https://forms.gle/m1KQM9Nsc8G7aCYR6 

For further information, please refer to the brochure as attached. Kindly indicate your attendance by completing the online form latest by 8th December 2019 (Sunday)

We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who may be interested to attend.

Thank you.

 

The Secretariat, CENTRAS

Faculty of Veterinary Medicine
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor.

Phone  : 03 9769 3971
Fax      : 03 89471971/72

FB       : https://www.facebook.com/centras.upm
Email   : centras.upm@gmail.com

Hello,
Dear Faculty Members ...

Veterinary Sports and Recreation Club, the 2018/2019 session wishes Merry Christmas to those who celebrate it, and Happy New Year 2020.

Happy Holidays everyone !!

Associate Professor Dr Hafandi Ahmad
Chairman of KSRV

 

Peace be upon you and please to meet you,

For your information, the Board of Directors (BOD) on October 8, 2019 UPM has agreed to adopt Circular UPM (PP No. 5 2019). Jan 1 2020, all the staff at the main campus of UPM and Bintulu will use flexible working hours (WBF) to replace Circular No. 4 in 2017 involving staggered working hours of WP 1 to wp4 which has CANCEL.

 

Flexible Working (WBF)

Time off work: 7.30 am-9.00 am

Time out of work: 4.30 pm - 6.00 pm

(The number of working hours must be a minimum of 9 hours).

Meetings and discussions with the Administrator of PTJ was held on 29 November 2019 and agreed to. JHC has laboratory / lecture hall, the staff will be on duty schedule and need to get to work on time before the laboratory session begins.

 

INSTRUCTIONS START WORKING TIME IN THE PUBLIC INTEREST

Accordingly, the Chairman of the RC / Head of Department / PTJ Administrator, for the interest of the service staff can direct a person to start work at a time that is required within 7.30pg until 9.00am.

For the month of Ramadan, will automatically be converted to WBF holiday of Ramadan by the clerk of each PTJ, where staff were allowed to return to work 30 minutes early (rest shortened from 1 hour to ½ hour during Ramadan).

 

WORKING HOURS OF ACADEMIC

For Academic Staff, the next instruction to record attendance and return to work not less than 45 hours a week is still in force. If there is no time getting in and out (example: work on field / outside the university or the like) to be input statement.

 

OVERTIME

Starting January 1, 2020,

i) Overtime work must be done online

ii) Supervisors need to give instructions to Overtime through Online Time Recorder System.

iii) The staff will receive instruction directed Overtime is.

iv) Approval of Overtime will be approved by the RC / Department, Cost Center Administrator or appointed officials (among KDP)

v) Instructions and Approval Letter will be issued through the system.

 

Overtime will only be recognized if sufficient work 1 hour or more, and staff are allowed to apply for leave if adequate substitute 9 hours of work for one day or half day.

 

LEAVE EARLY RETURN FOR PREGNANT WOMEN OFFICERS

According to Circular No. 11, 2017, UPM supports the Government and agreed to introduce another initiative that is giving permission to leave early one hour to his five-month pregnant woman and older. This facility is given for the sake of the welfare and security officials also extended to women who are employees of UPM husband and worked at a nearby location.

For this facility personnel must complete a form prescribed by the chief RC / Department and ONLY discharged from 4pm.

 

Thank you.

 

division head

Human Resource Services

registration office

Assalamualaikum & Greetings.
 
Hon. Prof./Prof. Prof / Dr / Mr / Mrs.
 
 
With all due respect referring to the above

Accordingly, the University Veterinary Hospital, Faculty of Veterinary Medicine invites qualified Malaysians to apply for the position as below:

1) Public Assistance, H11
2) Operations Assistant, N11
 
The closing date is: January 27, 2020
 
Further information relating to the post is issued as an attachment. Please forward the form and complete documents (identity card, birth certificate, school leaving certificate, qualification certificate and other certificates related) to the Office of the Deputy Dean of the University Veterinary Hospital.
 
Thank you.

Program lawatan Profesor dari Tottori University, Jepun ke Fakulti Perubatan veterinar,

Tarikh : 8hb Januari 2020

Tempat : Bilik Jemaah dan Persekitaran Fakulti 

Masa ; 10.00 pagi - 1.00 ptg

Semua yang berkelapangan dan berkaitan dijemput untuk turut serta bagi memeriahkan program lawatan.

HARI WARGA FPV ke 85

Respectfully referring to the above, please be informed that the event will be held on the following: -

Date: January 17, 2020 (Friday)

Time: 2.45 pm

Place: Auditorium FPV

All are invited to attend. Attendance. Prof. Datin Paduka / Prof. / Dato '/ Mayor / Dr / Sir / Madam indeed expected at this event. If Hon. Prof. Datin Paduka / Prof. / Dato '/ Mayor / Dr / Sir / Madam unable to attend, please take action to fill the Truth Absent Meeting.

Above the attention and cooperation of Hon. Prof. Datin Paduka / Prof. / Dato '/ Mayor / Dr / Mr / Mrs in this matter thank you.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

It is noted that at the end of December 2019 there were increasing cases of ILI and SARI whereas on January 4, 2020 KPK Press Statement, MOH stated that there was an increase in ILI cases especially among children under five (5) years old.

In this regard, the University Health Center (PKU) has begun to carry out detailed monitoring of the arrival of patients with the above symptoms since the case was reported. Customers' attendance statistics for PKU were found to be increasing based on the symptoms of ILI. However, so far no critical cases have been treated and referred by the PKU.

The PKU has also activated triage counters to identify at-risk clients and has provided special consultation rooms to treat patients at risk of reducing infections to other clients. PKU Medical Officers have also been asked to be more cautious in providing treatment to children and to ensure compliance with the established Clinical Practice Guideline. All medical practitioners and paramedics are also required to treat patients using the complete Personal Protective Equipment (PPE) which includes ensuring that existing infection control measures are adhered to at all times.

College residents are advised to take the following steps:

  1. Maintaining a high level of personal hygiene, regularly wash your hands with water and soap or hand sanitizer;
  2. Practice proper cough manners and a healthy lifestyle;
  3. Encouraged to obtain seasonal influenza vaccine injections offered at most private health facilities throughout the country;
  4. Campuses are also advised to be cautious when traveling abroad, including following instructions issued by the Ministry of Health Malaysia and the Ministry of Foreign Affairs;


For those with symptoms of influenza infection it is advisable to do the following:

  1. Relax at home and not go to crowded places. If needed in a public place, they are advised to wear face masks and face masks properly to prevent the spread of infections through respiratory drops;
  2. Cover your nose and mouth with tissue, towel or handkerchief when coughing or sneezing. Next, the used tissue should be immediately thrown into the trash;
  3. Avoid sharing personal equipment such as towels, handkerchiefs etc. with other individuals;
  4. Immediately consult with your doctor for further treatment if symptoms such as fever and cough / sore throat persist.
     

The University Health Center, UPM will keep an eye on developments in this regard and update UPM residents from time to time.

We hope that this information is received by the entire campus.


Sekian, terima kasih.

 

Dr. Fauziah Adnan

Ketua
Pusat Kesihatan Universiti, UPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alumni (ACUPM) akan menganjurkan program Cat Talk with Dr. Puteri Azaziah. Program ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pemilik haiwan kesayangan terutamanya pemilik kucing tentang cara penjagaan secara umum dan rawatan yang betul bagi kucing yang memerlukan rawatan.

 

  1. Secara istimewanya, peserta program ini diberi keutamaan kepada alumni UPM yang berkhidmat di UPM. Manakala, pemilihan penceramahprogram ini juga adalah dalam kalangan alumni UPM yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang veterinarBagi peserta program ini dibenarkan untuk membawa bersama kucing peliharaan tetapi terhad kepada seekor kucing sahaja dan diletakkan di dalam carrier. Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk hadir ke program ini yang akan diadakan seperti butiran berikut:

 

Tarikh             :           18 Januari 2020 (Sabtu)  

Masa               :           10.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat           :           Alumni Town Hall, Pusat Alumni UPM

 

  1. Bersama-sama ini disertakan atur cara program (Lampiran I)dan pendaftaran kehadiran pada link berikut https://forms.gle/P37C9iq2MuyKAnzk9 untuk tindakan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sukacita dipohon untuk menghubungi sekretariat berikut:

Cik Siti Nur`Ain Feisal ditalian 03-97691260 atau emel sitinurain@upm.edu.my

Puan Syamila Zakaria ditalian 03-97691264 atau emel syamila@upm.edu.my

Di atas segala kerjasama dan kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERILMU BERBAKTI”

“PERTANIAN, INOVASI, KEHIDUPAN”

“TRADISI MENYUMBANG, BUDAYA IKATAN”

 

b/p: Husalshah Rizal Hussian, 

       Timbalan Pengarah Pusat Alumni UPM (ACUPM)

 

Regards, 

SITI NUR`AIN FEISAL

Executive Officer

Alumni Centre

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

 

Office no.: +603-9769 1260

Mobile no.: +6012-6088892

Email: sitinurain@upm.edu.my

Website: www.alumni.upm.edu.my

 

 Follow us

facebook.com/PusatAlumniUPM

twitter.com/PusatAlumniUPM

instagram.com/pusatalumniupm/

Salam Sejahtera Warga Fakulti Yang Di Hormati Sekalian...
 
Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang akan menyambutnya pada hujung minggu ini. Terima kasih diucapkkan kepada yang sudi memberikan beberapa buah limau kepada kami, pada hari ini. Semoga persahabatan kita semua menjadi lebih baik, walaupun kita berbeza agama dan budaya. Terima kasih sekali lagi dan Gong Xi Fa Cai!!!
 
image.png
 
Prof. Madya Dr. Hafandi Ahmad
Pengerusi
KSRV Sesi 2018/2019

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa KSRV 2018-2019 akan mengadakan Mesyuarat Agung KSRV Ke-43 dan seterusnya membubarkan Ahli JK KSRV Sesi 2018-2019, iaitu pada:-

Tarikh: 7 Februari 2020 (Jumaat)
Masa: 2:45 petang
Tempat: Auditorium, FPV

Untuk pengetahuan semua pada mesyuarat itu nanti, kami akan mengumumkan keputusan undian Exco KSRV yang baharu yang telah dijalankan pada Majlis Perjumpaan Hari Warga Fakulti yang lalu bagi menerajui KSRV 2020-2021 .

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput semua untuk hadir ke mesyuarat ini.

Walau bagaimanapun tidak dilupakan pihak kami juga akan membuat kutipan yuran Ahli KSRV pada hari tersebut. Diharapkan semua dapat melunaskan yuran KSRV bagi meneruskan perjalanan KSRV ini memandangkan KSRV tiada dana lain bagi menampung perbelanjaan aktiviti KSRV. Butiran yuran yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:-

Pegawai Akademik dan Pegawai P & P (Bukan akademik): RM50.00 setahun
Pegawai Pelaksana (Kategori B): RM30.00 setahun
Pegawai Pelaksana (Kategori C & D): RM15.00 setahun

Kami amat mengharapkan sokongan daripada semua pihak bagi menggerakkan KSRV dengan lebih aktif lagi. Tanpa sokongan semua, siapalah KSRV ini.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dato'/Datuk/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

"SOKONGAN ANDA KEJAYAAN BERSAMA"


~RUSNAH MS~
PENOLONG SETIAUSAHA II
b.p PENGERUSI KSRV 2018-2019

Dear Lecturers and Staff, Good day to Lecturers and Staff, it is with great pleasure that we write to invite you to the Vet Dinner 2019/2020 ‪on the 29th February 2020 (Saturday)‬ at Ambassador Putrajaya. 🎟🎭Vet Dinner 2020: Rewind Party🎟🎭 Theme: Retro Night Venue: Ambassador Putrajaya Date: ‪29th of February 2020 (Saturday)‬ Time: ‪8 - 10 pm‬ 💵 Total Payment Lecturers and Staff: RM 70.00 Students: RM 55.00 Last payment: ‪15 Feb 2020‬ 📋Welcome to join us, kindly fill in the registration form 🤗🤗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe2O0GvqzcOeagd43pV-VVFiJhfBPvVaEFePJM0Hjr27tqzoA/viewform?usp=sf_link Payment can be done through online banking. The bank details are as follow: CIMB Account Number 7071229698 CIMB Account Name: Dharshini a/p Subramaniam CIMB Account Number 7625388330 CIMB Account Name: Dhiya Athirah bt Azman We are looking forward to your attendance at the event. Please do not hesitate to contact us if you require any further information. Inquiries: Dhiya - ‪011-64103115‬ Dharshini - ‪016-9621140‬ Syazreen - ‪013-9656276‬ Thank You. Sincerely, Committee of Vet Dinner 2019/2020 

Sukacita dimaklumkan bahawa semua warga Fakulti (pelajar, pensyarah dan pegawai/staf pelaksana) dijemput untuk hadir ke program Ceriathon 2020 anjuran Fakulti dengan kerjasama VETERNAK  pada 12 Mac 2020 (Khamis) bermula pada pukul 3.45 petang.

Berikut adalah aturcara program:

3.45 petang

:

Ketibaan pelajar dan staf FPV

3.50 petang

:

Ketibaan Dekan, FPV

4.00 petang 

:

Aktiviti Senamrobik di padang mini FPV (Belakang BT 11/BT12)

4.20 petang

:

Ucapan Aluan Dekan, FPV

4.30 petang

:

Aktiviti menanam pokok oleh ahli pengurusan dan wakil pelajar

 

:

Pelajar dan staf yang lain mula menjalankan aktiviti gotong royong

6.30 petang

:

Minum petang dan Bersurai



Etika Pakaian: Pakaian sukan 

Kehadiran tuan/puan dan saudara/saudari sekalian amatlah dialu-alukan dan atas segala sokongan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 

Terima kasih/Thank you

 

........................................

RITA BAJAT

PENOLONG PENDAFTAR KANAN/SENIOR ASSISTANT REGISTRAR

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR/FACULTY OF VETERINARY MEDICINE 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 

43400 UPM SERDANG

SELANGOR, MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
Dimaklumkan program SANTAI ZUMBA yang dijadualkan pada 19hb Mac 2020 (khamis) akan DITUNDA kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak selaras dengan perkembangan terkini penularan jangkitan COVID-19. Tindakan ini adalah antara langkah yang diambil oleh pihak Fakulti dan Universiti dalam pencegahan penularan wabak dalam kalangan warga kampus UPM.  Ini turut mengambil kira saranan dari KKM berkaitan perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku.
 
Sekian harap maklum dan mohon maaf di atas segala kesulitan.

Assalamualaikum wbt. & Greetings.

YBhg. Datuk/Dato'/Datin Paduka/Prof./Dr./Mr./Mrs./Ms.,

Centre for Tropical Animal Production and Disease Studies (CENTRAS), Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia (UPM) will be organising the “43rd Seminar on Recent Advances in Animal Health and Production". The details of the seminar are as follows:

Date                            : 11th June 2020 (Thursday)

Time                           : 7.30 am – 6.45 pm 

Venue                         : Auditorium, Faculty of Veterinary Medicine, UPM

Fees                           : RM 120.00

Registration Link      : https://forms.gle/5fvjLUxPr3UjCVrc7 

For further information, please refer to the brochure as attached. Kindly indicate your attendance by completing the online form latest by 15th May 2020 (Friday). We would appreciate if you could pass this announcement to your colleagues who may be interested to attend.

 

Thank you. 

Salam Sejahtera,

 
Dengan hormat perkara diatas adalah dirujuk. 
 
Dimaklumkan program Ceriathon 2020 yang dijadualkan pada 12 Mac 2020 (khamis) akan DITUNDA kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak selaras dengan perkembangan terkini penularan jangkitan COVID-19. Tindakan ini adalah antara langkah yang diambil oleh pihak Fakulti dan Universiti dalam pencegahan penularan wabak dalam kalangan warga kampus UPM.
 
Sekian harap maklum dan mohon maaf diatas segala kesulitan.
 
Terima kasih. 
 

Terima kasih/Thank you
 
........................................
RITA BAJAT
PENOLONG PENDAFTAR KANAN/SENIOR ASSISTANT REGISTRAR
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR/FACULTY OF VETERINARY MEDICINE 
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 
43400 UPM SERDANG

With all due respect I refer to the above matter.

Universiti Putra Malaysia (UPM) took note of the status of the epidemic COVID-19 based on a report from the Ministry of Health (MOH) and the World Health Organization (WHO). It also took into account the recommendations of the Ministry of Health related to the gathering of people (mass gathering) to prevent possible infection COVID 19th place.

Thus the management UPM decided to suspend all university programs (conference / seminar / workshop / public lecture / inaugural lectures / course / lecture / forum) included in the Cost Center or any group activities. Definition of group not only takes into account the number but it's viewed as a whole, that is taking into account the background of the participants, location and duration of the program. This suspension force immediately until a date to be fixed taking into account the safety of UPM employees and the general public.

UPM also advised to take precautions as given in the announcement before.

We hope this information gets attention all over the campus.

Thank you.


Director
Office of Corporate Strategy and Communications
UPM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan dari 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020, kemudahan perkhdimatan Persidangan Video (Video Conferencing) telah digunakan dengan sangat meluas. Bagi memastikan keselamatan dan integriti maklumat UPM dan pengguna terpelihara, pihak Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menyediakan Garis Panduan amalan terbaik bagi menjamin keselamatan penggunaan Persidangan Video untuk rujukan semua warga UPM.

Berikut merupakan Garis Panduan Keselamatan Persidangan Video UPM tersebut

http://www.idec.upm.edu.my/artikel/garis_panduan_keselamatan_persidangan_video-56455

PENGUMUMAN
TEMUJANJI PENDAFTARAN KAUNTER PERKHIDMATAN
HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI
BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)
 
Para Pelanggan yang dikasihi, merujuk pengumuman perutusan khas YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 APRIL 2020 bagi Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020.
Selaras keputusan Universiti Putra Malaysia dan Pengurusan Fakulti (UVH) berkuatkuasa adalah dimaklumkan perkhidmatan pendaftaran kaunter Hospital Veterinar Universiti (UVH) bermula pada 13 APRIL 2020 melalui temujanji ditetapkan oleh kliniksyen (Consultant/VO) UVH sahaja.
 
Diminta pihak pelanggan untuk melengkapkan borang permohonan temujanji di laman pautan UVH, pihak Consultant/VO akan menghubungi klien bagi tujuan mendapatkan susulan temujanji rawatan pesakit haiwan.
 
BAGI PERTANYAAN LANJUT
SILA HUBUNGI HOTLINE KAMI DI TALIAN : 03-9769 3955/3954 
(Waktu Operasi : 8.00 Pagi-5.00 Petang) 
  
 
PENGURUSAN HOSPITAL VETERINAR UNIVERSITI  
 
YBhg. Prof. Dr. Jalila Abu
Timbalan Dekan Hospital
  10 APRIL 2020  

YBhg. Dato / Datin / Prof / Dr / Tuan / Puan, 

MAKLUMAT DAN BAHAN PROMOSI BERKENAAN PROGRAM UPM (SALURAN ALTERNATIF) - T20

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa UPM Education & Training bekerjasama dengan UPM menguruskan kemasukan Program UPM (Saluran Alternatif) - T20 bagi memberi peluang kepada calon yang tidak mendapat tempat kemasukan melalui permohonan UPU. Program UPM (Saluran Alternatif) merupakan program yang tiada subsidi dan pendapatan isi keluarga melebihi RM 8,000.00.

Pihak UPM Education & Training mengendalikan promosi bagi tujuan tersebut. 

Sehubungan itu, kami sertakan maklumat / bahan promosi / dokumen dalam bentuk softcopy untuk tujuan kerjasama pihak fakulti dalam memperluaskan hebahan dan promosi.  Maklumat dan bahan promosi terkini adalah seperti berikut:

1. Flyers – untuk iklan melalui Web / fb / ig fakulti

2. Iklan kemasukan

3. Borang permohonan

Sebarang pertanyaan YBhg. Dato / Datin / Prof / Dr / Tuan / Puan boleh menghubungi Mohd Shaiful di talian 019 270 6891 untuk maklumat lanjut.

Kerjasama dari pihak Fakulti amat kami harapkan dan kami hargai.

 

Sekian, Terima kasih.

b/p : Pengurus Besar

MOHD SHAIFUL BIN NORDIN

Universiti Putra Malaysia

 
ANNOUNCEMENT !!!

APPOINTMENT OF COUNTER REGISTRATION SERVICES UNIVERSITY VETERINARY HOSPITAL FOLLOWING THE INFECTION OF THE NOVEL CORONAVIRUS INFECTION (COVID-19)

Dear Valued Customers, in light of the Prime Minister of Malaysia's special message in which the Conditional Movement Control Order (CMCO) has begin on Monday, May 4, 2020.

In accordance to Universiti Putra Malaysia announcement and with effective on decision by the Management of the University Veterinary Hospital (UVH) to inform that starting May 12, 2020 (Tuesday)the counter registration services of University of Veterinary Hospital (UVH) is operating as usual on through UVH appointment scheduled only.

Kindly proceed to fill out the application form to book an appointment at UVH website links or contact us to obtain details for the appointment of the veterinary patients.

 

FOR MORE INFORMATION

PLEASE CONTACT OUR HOTLINE : 03-9769 3955/3954 : (Operation Hours : 8.00 AM-5.00 PM)

 

UNIVERSITY VETERINARY HOSPITAL MANAGEMENT

YBhg. Prof. Dr. Jalila Abu

Deputy Dean Hospital

MAY 5, 2020
JEMPUTAN KE WACANA PENGEMBANGAN 1.0 FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, UPM "SESI PEMINDAHAN ILMU SKOP TERNAKAN RUMINAN
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan, Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Wacana Pengembangan 1.0 seperti butiran berikut:
 
            Tajuk                : Sesi Pemindahan Ilmu Skop Ternakan Ruminan
            Tarikh               : 13 Mei 2020 (Rabu)
            Masa                 :  2.30 Petang
            Aplikasi            : Zoom Meeting
            ID Zoom            : 598 233 0459
            Kata Laluan      : 129639
 
Sehubungan itu, kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin Paduka Setia/Prof./Dr./Tuan./Puan./Cik., adalah dialu-alukan bagi menjayakan program ini. 
 
Sekian untuk makluman.
 
Terima kasih.
 
Sekretariat, CENTRAS

Faculti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor.

 

Tel        : 03 9769 3971
Fax      : 03 89471971/72

FB       : https://www.facebook.com/centras.upm
Emel   : centras.upm@gmail.com

As-salam warga VLSU yang saya hormati,
 
Sukacita saya maklumkan yang VLSU telah mendapat perakuan dan pensijilan sebagai Makmal Swasta Jabatan Perkhidmatan Veterinar.  Semoga  dengan perakuan ini perkhidmatan yang kita berikan akan lebih dikenali dan membantu menambahkan dana untuk menjamin keberterusan VLSU.  Sekalung tahniah dan terima kasih di atas usaha semua konsultan dan pegawai di dalam menjayakan aktiviti di VLSU dari mula penubuhan VLSU sehingga kini. Sama sama kita doakan kejayaan VLSU walaupun buat masa ini aktiviti kita sedikit terkesan akibat pandemik Covid 19. Insya Allah ada hikmah di sebalik semua ketentuan.
 
Stay Safe.  Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Wassalam
 
Latiffah
Chairman
ANNOUNCEMENT
 
OPERATION HOURS FOR THE REGISTRATION SERVICES UNIVERSITY VETERINARY HOSPITAL EID AL-FITR 2020
 
Dear Valued Clients,

Kindly be informed that the Operation Hours for the registration services of Outpatient Treatment to Small Animal and Large Animal, Avian & Exotics will be closed on May 22, 2020 (Friday) until May 27, 2020 (Wednesday) for the celebrate EID Al-Fitr 2020 and will operate as usual on 28 May 2020 (Thursday).

 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"

 

UNIVERSITY VETERINARY HOSPITAL MANAGEMENT

YBhg. Prof. Dr. Jalila Abu

Deputy Dean Hospital

MAY 19, 2020

maxresdefault.jpg

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


YBhg. Datin Paduka/Prof./Datuk/Dato'/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
Alhamdulillah..kita telah berada di penghujung bulan Ramadhan. Semoga segala amalan kita pada tahun ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
 
Sempena menjelangnya ketibaan Syawal, saya mewakili Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua warga Fakulti. Walaupun perayaan kali ini disambut sedikit berbeza, namun kegembiraan dan kemeriahan menyambut Syawal tetap dirasa bersama. Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan eratkan lagi jalinan kekeluargaan sesama kita. 
 
Ramadhan pergi meninggalkan semua,
Syawal menjelma dirai bersama,
Salah dan silap maaf dipinta,
Semoga gembira di hari mulia.
 
Salam Aidilfitri...
~HASLIZA~
Pengerusi KSRV 2020-2021
Fakulti Perubatan Veterinar
 
 
 

 

 
Kami daripada Pejabat TDPSJINM dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Akademik dan Pelaksana di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.
 
Dikesempatan ini juga kami ingin memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan dan ketelanjuran sepanjang menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami.
 
Kami juga mendoakan agar YBhg. Prof./Dato'/Datin Paduka Setia Dato'/Tuan/Puan dan semua ahli keluarga serta sahabat berada dalam keadaan sejahtera.
 
Takbir yang merdu sama dinanti
Kasih yang Satu tidak bertepian
Maaf dipohon seikhlas hati
Salah dan silap sama dilupakan
 
Sekian terima kasih.
 
 
--
MUHAMMAD AKEES ABU MANSOR
Penolong Pendaftar
(Penyelidikan dan Pengajian Siswazah)
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia

 

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3888
+603 9769 1971
C1590522202