Mengenai Kami | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» HOSPITAL VETERINAR » Hospital Veterinar Universiti » Mengenai Kami

Mengenai Kami



PENGENALAN

 

Hospital Veterinar Universiti ditubuhkan pada tahun 1975 oleh Fakulti Kedoktoran Haiwan dan Sains Peternakan, Universiti Pertanian Malaysia. Namanya telah diubah beberapa kali sehinggalah November 1996 apabila nama Hospital Veterinar Universiti (UVH) ditetapkan. UVH memulakan operasinya dengan sebuah klinik haiwan kesayangan dan sebuah klinik bergerak haiwan besar serta perkhidmatan makmal dan kini telah berkembang untuk menjadi sebuah hospital yang lengkap dengan klinik pesakit luar dan wad haiwan dengan kemudahan terkini yang dapat menawarkan rawatan kepada pelbagai spesies haiwan.

 

OBJEKTIF

 

Objektif Hospital Veterinar Universiti adalah:

  1. memberikan diagnosis kesihatan haiwan dan penyakit yang berkualiti
  2. menjadi hospital veterinar rujukan
  3. melibatkan diri dalam latihan amalan profesional veterinar dan pengajaran 
  4. meningkatkan perkhidmatan melalui penyelidikan, penjagaan kesihaan haiwan dan diagnosis penyakit
  5. menyumbang kepada sistem pengurusan hospital veterinar yang mesra dengan alam persekitaran

 

UVH dilengkapi dengan pelbagai peralatan diagnostik dan makmal yang digunakan di sesebuah hospital pengajaran. Peralatan-peralatan ini direkabentuk untuk tujuan latihan pelajar prasiswazah dan siswazah. Selain dari perkhidmatan perundingan pesakit luar rutin, UVH juga menawarkan perkhidmatan khas dalam perubatan veterinar dan surgeri, pengimajen serta diagnosis makmal.

UVH mempunyai kemudahan dan kepakaran untuk merawat haiwan yang mengalami penyakit teruk atau berkomplikasi atau haiwan memerlukan rawatan rapi. UVH juga menyediakan pekhidmatan klinik bergerak untuk haiwan besar.

UVH menyokong dan menyediakan kes klinikal dan bahan untuk pengajian dan penyelidikan di Fakulti Perubatan Veterinar. Bidang penyelidikan yang disokong adalah :

  • Surgeri 
  • Rawatan Kritikal 
  • Epidemiologi 
  • Perubatan Dalaman 
  • Perubatan dan Terapi Klinikal 
  • Radiologi & Ultrasonografi 
  • Teriogenologi & Sitogenetik
  • Diagnosis & Rawatan Penyakit

Kemaskini:: 01/03/2018 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3800
+603 9769 1971
B1566546834