HOME | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
article
Kucing dan anjing berisiko mengidap barah
Cats and dogs risk developing cancer if early signs are ignored; regular health checks are vital for early treatment and better recovery outcomes.
Kucing dan anjing berisiko mengidap barah
Rawat Hidupan Liar Perhilitan
Rawat Hidupan Liar Perhilitan
majlis White Coat Ceremony 2024/2025 dan Sambutan Hari Akademia 2024 Fakulti Perubatan Veterinar.
majlis White Coat Ceremony 2024/2025 dan Sambutan Hari Akademia 2024 Fakulti Perubatan Veterinar.
More Articles...
news
Program Gotong-Royong Jiwa Putra @ Pusat Ekuin, UPM
Program Gotong-Royong Jiwa Putra @ Pusat Ekuin, UPM
SERDANG, 16 Mei – Program Gotong-Royong Jiwa Putra @ Pusat Ekuin, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 16 Mei 2026 bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Ekuin, Universiti Putra Malaysia dan Putra Equestrian Club (PEC). Program ini diselia oleh Profesor Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin dengan penglibatan staf Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) serta ahli kelab pelajar PEC secara sukarela bagi menjayakan aktiviti gotong-royong yang telah dirancang. Pelaksanaan program ini bertujuan memastikan kawasan persekitaran Pusat Ekuin, UPM sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selamat selepas premis tersebut dikosongkan. Selain itu, program ini turut bertujuan memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab dan budaya kesukarelawanan dalam kalangan pelajar, di samping menyokong usaha universiti dan fakulti dalam kerja-kerja pembersihan serta pembangunan semula Pusat Ekuin, UPM yang diterajui oleh Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia. Antara kawasan yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong ini termasuklah Pejabat Kandang A, Bilik Kuliah Pelajar, kawasan Kandang A, bilik rawatan kuda dan kawasan pasung kuda. Aktiviti yang dijalankan merangkumi kerja-kerja pembersihan kandang kuda, termasuk pengurusan habuk kayu dan tinja kuda, serta pengumpulan dan pelupusan barang-barang terpakai bagi memastikan kawasan pusat berada dalam keadaan lebih tersusun, kemas dan kondusif untuk kegunaan semula. Bagi melancarkan perjalanan program, pihak penganjur turut membuat pinjaman alatan pembersihan daripada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM. Secara keseluruhannya, Program Gotong-Royong Jiwa Putra @ Pusat Ekuin, UPM telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja berjaya meningkatkan tahap kebersihan serta pengurusan fasiliti dan ruang di Pusat Ekuin, malah turut mengeratkan hubungan kerjasama antara staf FPV dan kelab pelajar yang terlibat.
announcement
No quotation.


FURTHER INFORMATION: https://www.tenderwizard.my/UPM

No job vacancy.


FURTHER INFORMATION: eJOBS

activities
follow us
fb.png
youtube.png
insta.png
W, (01:27:30pm-01:32:30pm, 26 May 2026)   01:31:32pm