Majlis White Coat Ceremony 2024/2025 Dan Sambutan Hari Akademia 2024 Fakulti Perubatan Veterinar. | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» ARTICLE » majlis White Coat Ceremony 2024/2025 dan Sambutan Hari Akademia 2024 Fakulti Perubatan Veterinar.

majlis White Coat Ceremony 2024/2025 dan Sambutan Hari Akademia 2024 Fakulti Perubatan Veterinar.

18 Oktober 2024 – Fakulti Perubatan Veterinar melalui Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan HEP) telah menganjurkan majlis White Coat Ceremony 2024/2025 dan Sambutan Hari Akademia 2024 Fakulti Perubatan Veterinar. Majlis ini adalah majlis yang julung kali dilaksanakan pada sesi 2024/2025 dan ia merupakan upacara Penyarungan White Coat kepada Pelajar Tahun 4 program Doktor Perubatan Veterinar yang akan melangkah kaki ke sesi Pengajian Klinikal di Tahun 4 dan Tahun 5. Upacara ini merupakan simbolik peralihan Tahun Pengajian Pelajar dari Tahun Praklinikal dan Paraklinikal ke Tahun Pengajian Klinikal. Seramai 90 orang pelajar telah lulus Peperiksaan Prakomprehensif sesi 2023/2024 dan telah diraikan di dalam majlis ini.

 

Penyarungan white coat ini telah disempurnakan oleh 25 orang Pegawai Akademik dan ahli Pengurusan Fakulti dan penghormatan ini diberikan adalah sebagai tanda terima kasih kepada semua Pensyarah Fakulti yang telah bekorban masa dan tenaga dalam memberikan ilmu kepada pelajar-pelajar Fakulti.

 

   

 

 

Date of Input: 21/10/2024 | Updated: 21/10/2024 | azwaar

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
X, (01:19:17pm-01:24:17pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]