AKADEMIK | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

» AKADEMIK

AKADEMIK

Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sains veterinar dan berkemampuan untuk mengaplikasikan prinsip sains asas, sosial dan klinikal veterinar. Menguasai kemahiran profesional dalam sains veterinar, penyiasatan punca penyakit dan mengurus pesakit. Berupaya mengurus dan mengguna maklumat veterinar dengan kompeten dan berkebolehan. Berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran sepanjang hayat.

Berupaya berkomunikasi secara berkesan dengan klien, rakan profesional dan masyarakat. Berfikiran kritis dan saintifik, berupaya mengenalpasti masalah, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah klinikal dengan tepat. Berupaya bertindak sebagai veterinawan yang profesional dalam industri haiwan, pembangunan masyarakat dan negara sambil menyumbang secara berkesan kepada kesihatan awam dan mampu bekerja dalam pasukan dan mempunyai sifat kepimpinan.

B1566488782