SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DOKTOR PERUBATAN VETERINAR, FPV, UPM
WARGA NEGARA
Syarat minimum kemasukan untuk program ini terdiri daripada:
A) Syarat Am Universiti dan
B) Syarat Khas Program, di mana syarat tahap dapatan NGMP (STPM), PNGK
(Matrikulasi/ Asasi Sains) adalah 3.50.
(1) SYARAT AM UNIVERSITI
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira.
(2) SYARAT KHAS PROGRAM
STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma dan Setaraf :
a) PNGK (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50
b) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (3.33) bagi Subjek Biologi dan B (3.00) bagi Subjek Kimia atau Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (3.33) Subjek Kimia dan B (3.00) bagi Subjek Biologi
c) Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 Malaysia University English Test (Muet)
d) Lulus Temuduga yang ditetapkan
* DIPLOMA DENGAN PENGALAMAN KERJA:
Mendapat sekurang kurangnya PNGK dan pengalaman bekerja seperti berikut :
3-4 tahun pengalaman kerja (Sekurang-kurangnya 3.00)
5-9 tahun pengalaman kerja (Sekurang-kurangnya 2.70)
Lebih 10 tahun pengalaman kerja (Sekurang-kurangnya 2.50)
BUKAN WARGA NEGARA
Minimum Qualification For National Higher School Certificate/ A Level Or Its
Equivalent/Matriculation/Foundation Studies/Diploma
a) PNGK (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50
b) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (3.50) bagi Subjek Kimia
c) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ (3.50) bagi Subjek Bio
d) Mendapat sekurang-kurangnya :
MUET Band 3; or
IELTS Band 5.5; or
TOEFL Score 500 (PBT)/60 (IBT)/176 (CBT)
CIEP Level 108
e) Lulus Temuduga yang ditetapkan
Updated:: 08/03/2023 [mjamil]