PENGHANTARAN DOKUMEN CALON SEBELUM TEMUDUGA | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» AKADEMIK » PRASISWAZAH » PENGHANTARAN DOKUMEN CALON SEBELUM TEMUDUGA

PENGHANTARAN DOKUMEN CALON SEBELUM TEMUDUGA

TAHNIAH diucapkan kepada calon yang layak dipanggil untuk temuduga Program Doktor Perubatan Veterinar Sesi Kemasukan 2021/2022. Untuk memastikan proses temuduga di atas talian berjalan dengan lancar, calon diminta untuk menghantar salinan lembut dokumen yang disenaraikan ke alamat email : temudugaDPV@gmail.com selewat-lewatnya 30 Jun 2021.

Tajuk email : TEMUDUGA 2021/2022: NAMA PENUH CALON & NOMBOR KAD PENGENALAN.

Contoh: TEMUDUGA 2021/2022: AHMAD BIN ABU (NO. K/P: 000000-00-0000)

Salinan lembut dokumen yang perlu dihantar (dokumen tidak perlu disahkan) :
1) Gambar Calon - ukuran passport atau tidak lebih dari 4R (4x6 inci)
2) Kad Pengenalan Calon
3) Sijil/Slip keputusan SPM
4) Sijil/Slip keputusan MUET
5) Sijil Akademik (STPM/Transkrip Matrikulasi/Transkrip Asasi Sains Pertanian/Diploma)
6) Sijil Ko-kurikulum peringkat SPM dan tertinggi dalam pengajian

Calon juga dimohon untuk memberikan nombor telefon bimbit di dalam email tersebut.

Kemaskini:: 29/06/2021 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDdEAm~