UVH UPM Jalankan Pembedahan Caesarean, Transfusi Plasma Kepada Kuda | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » UVH UPM jalankan pembedahan Caesarean, transfusi plasma kepada kuda

UVH UPM jalankan pembedahan Caesarean, transfusi plasma kepada kuda

Tajuk :  UVH UPM jalankan pembedahan Caesarean, transfusi plasma kepada kuda

Diterbitkan oleh : http://www.upm.edu.my/berita/uvh_upm_jalankan_pembedahan_caesarean_transfusi_plasma_kepada_kuda-62762?L=bm

Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Ladang dan Eksotik (JPPHLE), Hospital Veterinar Universiti (UVH), UPM menerima satu kes seekor kuda bunting yang dirujuk dari Terengganu yang mengalami kolik dan disyaki menunjukkan tanda-tanda beranak sejak enam hari lepas.  

Kuda itu tiba di UVH pada 11 Jun lalu dan hasil pemeriksaan melalui palpasi rektum dan saluran peranakan,  mendapati keadaan fetus adalah sempurna namun bukaan serviks tidak berlaku serta tanda kolik disebabkan sumbatan pada kolon.

Hasil perbincangan bersama pakar perunding pembedahan haiwan besar dan kuda, Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin dan pakar reproduksi haiwan, Dr. Mark Hiew Wen Han berserta pegawai-pegawai veterinar di JPPHLE, satu pembedahan laparotomi eksploratomi telah dijalankan ke atas ibu kuda itu sebagai usaha menyelesaikan masalah kolik dan seterusnya melakukan pembedahan Caesarean untuk menyelamatkan anak di dalam kandungan.

Pembedahan melibatkan tiga pasukan iaitu pasukan anestesia (diketuai oleh Dr Noorashimah Roslim dan dibantu oleh Dr Wan Sukri dan Dr Benedict Ong), pasukan pembedahan (diketuai oleh Dr Nurul Hayah dan Dr Syahirah) dan pasukan resusitasi pada anak kuda (diketuai oleh Dr Mark Hiew dan dibantu oleh Dr Wan Sukri dan Dr Luqman Samad).

Klik di sini untuk maklumat penuh : http://www.upm.edu.my/berita/uvh_upm_jalankan_pembedahan_caesarean_transfusi_plasma_kepada_kuda-62762?L=bm

Tarikh Input: 20/08/2021 | Kemaskini: 20/08/2021 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEaQA7~