Kunjungan Khas Naib Canselor UPM Ke Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Kunjungan Khas Naib Canselor UPM ke Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar

Kunjungan Khas Naib Canselor UPM ke Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar

Kunjungan Khas Naib Canselor UPM ke Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar
Serdang, 16 April – UVH telah menerima kunjungan khas daripada YBhg. Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan bin Sadullah buat julung kalinya. Kunjungan khas ini adalah merupakan permintaan beliau sendiri untuk turun padang bagi melihat dan memahami secara langsung pengoperasian UVH.
Melalui kunjungan ini, beliau telah dibawa melawat ke seluruh premis UVH dan telah diberikan penerangan berkenaan pengendalian sebenar operasi harian hospital dengan fasiliti sedia ada di UVH. YBhg. Naib Canselor turut mengambil peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan staf dan pelajar di UVH.
Kunjungan ini berakhir dengan sesi taklimat dan perbincangan di antara YBhg. Naib Canselor dengan Ahli Pengurusan Fakulti. Dalam sesi taklimat ini, peranan UVH sebagai sebuah entiti perkhidmatan yang menyokong aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (PdP) dan penyelidikan telah dibentangkan di samping halatuju dan matlamat UVH yang dirancang agar selari dengan Strategic Framework berpaksikan True North UPM.

Tarikh Input: 16/04/2024 | Kemaskini: 16/04/2024 | azmer

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXFcVAq~