Kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi (IPT) bersama industri dan agensi kerajaan perlu terus diperkasa untuk membantu menyelesaikan permasalahan sebenar dalam komuniti.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata perkara itu selari dengan matlamat digariskan pihaknya melalui program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) yang digerakkan.
"SULAM yang menggabungkan objektif pembelajaran bersama khidmat komuniti, mengetengahkan pendekatan Amalan Pembelajaran Berimpak Tinggi (HIEPs) yang memberikan ruang kepada pelajar berinteraksi dengan komuniti.
"Pada masa sama, pelajar berpeluang menjalinkan kerjasama strategik dengan industri serta agensi kerajaan, yang mana sinergi ini bermatlamatkan menyelesaikan permasalahan sebenar dalam komuniti setempat dengan menghubung kait teori dan praktis," katanya.
(Sumber : Berita Harian )
Tarikh Input: 23/12/2020 | Kemaskini: 13/04/2022 | mjamil