PROGRAM DOGATHON™ 2019 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » PROGRAM DOGATHON™ 2019

PROGRAM DOGATHON™ 2019

KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT PENUH

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Persatuan Veternak dan Zoologico 2018/2019, Fakulti Perubatan Veterinar, akan menganjurkan ‘Program Dogathon TM 2019, seperti butiran berikut;

  • Tarikh :  24 Februari 2019 (Ahad)
  • Masa   :  6.30 pagi – 2.00 petang 
  • Tempat :  Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia

Untuk makluman program ini bertujuan untuk:

  1. Memupuk ciri-ciri “GSA (Generic Social Attributes)” dikalangan pelajar yang dikehendaki oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti kerja berpasukan, kepimpinan, kemahiran berkomunikasi serta etika dan moral profesional.
  2. Memperkenalkan Fakulti Perubatan Veterinar kepada pemilik haiwan dan masyarakat umum dari aspek misi, fungsi, penyelidikan  dan perkhidmatan Hospital Veterinar untuk meningkatkan persepsi masyarakat terhadap UPM.
  3. Memupuk semangat cintakan haiwan kesayangan.
  4. Mengutip derma untuk disumbangkan kepada projek pengasian haiwan terbiar oleh Fakulti Perubatan Veterinar.
  5. Memberi peluang kepada para pencinta haiwan untuk bertemu dan bertukar pendapat antara satu sama lain.

Tarikh Input: 14/02/2019 | Kemaskini: 20/02/2019 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3800
+603 9769 1971
C1571616023