Serdang, 25 Julai – Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia melalui Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan HEP) telah menganjurkan FFM Best Student Project Seminar 2024. Program merupakan anjuran tahunan Fakulti untuk mencari penerima Hadiah FFM dari kalangan pelajar Tahun Akhir program Doktor Perubatan Veterinar.

Seramai enam (6) finalis Hadiah Prasiswazah FFM telah membentangkan hasil dapatan projek ilmiah tahun akhir mereka iaitu Houris Adlina Bt Hussaini Amir, Chong Xin Hui, Justin Tay Hong Chuan, Karen Ooi Feng Shinn, Muhammad Farhan Bin Zainuddin dan Sathishwaran A/L Magis Paran. Mereka telah dinilai oleh empat (4) orang panel penilai iaitu Prof. Dr Abdul Rahman Omar (Ketua Panel Penilai), Prof. Madya Dr Lokman Hakim Idris, Prof Madya Dr Annas Salleh dan Dr Tan Jin Yu (wakil FFM Berhad).
Karen Ooi Feng Shinn telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah FFM 2024 dan menerima hadiah berbentuk wang tunai bernilai RM1,500.00 yang akan diterima semasa Majlis Penyampaian Hadiah Fakulti 2024 dan kesemua finalis menerima saguhati berbentuk wang tunai sebanyak RM200.00 seorang.
Tarikh Input: 14/08/2024 | Kemaskini: 21/08/2024 | azwaar
