Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejayaan Bersama Academician Profesor Emeritus Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Menyingkap Rahsia Di sebalik Kejayaan Bersama Academician Profesor Emeritus Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris

Menyingkap Rahsia Di sebalik Kejayaan Bersama Academician Profesor Emeritus Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris

 

SERDANG, 6 Ogos – Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah telah menganjurkan program “Rahsia di Sebalik Kejayaan: Perjalanan dan Strategi Penyelidik Cemerlang” Siri 3 pada 5 Ogos 2026 yang berkonsepkan perkongsian secara santai tetapi penuh dengan ilmu dan pengalaman.

Program ini menampilkan penyelidik cemerlang, YBhg. Academician Profesor Emeritus Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris, yang berpengalaman luas dalam memperoleh geran penyelidikan, menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi serta membina jaringan penyelidikan yang kukuh. Melalui sesi perkongsian ini, beliau berkongsi pengalaman, cabaran serta strategi yang menjadi pemangkin kepada kejayaan beliau dalam bidang penyelidikan. Perkongsian tersebut turut memberikan inspirasi dan panduan kepada para peserta dalam memperkasa kecemerlangan bukan hanya dalam bidang penyelidikan tetapi kerjaya dan kehidupan seharian.

Program ini telah dilaksanakan secara dalam talian dengan penyertaan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan pusat tanggungjawab. Seramai 303 orang peserta telah menghadiri program ini, sekali gus membuktikan komitmen warga UPM dalam memperkukuh budaya penyelidikan, meningkatkan kecemerlangan akademik serta menyemarakkan budaya perkongsian ilmu dalam kalangan warga universiti.

 

Tarikh Input: 06/08/2026 | Kemaskini: 06/08/2026 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
X, (11:09:52am-11:14:52am, 06 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]