Majlis Perjumpaan Hari Warga Fakulti Perubatan Veterinar - 4 Ogos 2023 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Majlis Perjumpaan Hari Warga Fakulti Perubatan Veterinar - 4 Ogos 2023

Majlis Perjumpaan Hari Warga Fakulti Perubatan Veterinar - 4 Ogos 2023

Serdang, 4 Ogos 2023 – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad telah melaksanakan program Majlis Perjumpaan Hari Warga Fakulti Perubatan Veterinar dengan jayanya. Program ini menampilkan Encik Syahrun Nizam Mohammad, Pengarah Perhubungan Pelanggan Negeri Selangor 3, wakil dari Bank Islam dengan taklimat bertajuk Pil Kewangan: “Ubat Untuk Kurangkan Penyakit Berhutang”.

 

Dalam ucapannya, YBhg. Dekan FPV, Profesor Dato’ Dr Mohd Azmi Mohd Lila menyebutkan bahawa tujuan program tersebut adalah untuk memberi faedah kepada warga fakulti terutamanya dalam perancangan kewangan mereka. Beliau juga tidak lupa mengucapkan ucapan penghargaan kepada warga fakulti yang telah berjaya memperolehi Anugerah Pencapaian Cemerlang pada Majlis Gemilang Putra yang lepas.

 

Program yang berlangsung di Auditorium, FPV tersebut dihadiri oleh hampir 80 orang warga fakulti daripada pelbagai jabatan. Tahniah diucapkan kepada peserta yang memenangi pelbagai hadiah dalam sesi cabutan bertuah sebentar tadi. Dengan perkongsian yang diberikan, diharapkan semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang disampaikan dalam merancang kewangan masing-masing.

Tarikh Input: 08/08/2023 | Kemaskini: 08/08/2023 | m_nazmi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
WXFeMAk~