
Serdang, 21 Ogos 2023 - Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson Negeri Sembilan ke Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Seramai 80 orang pelajar tingkatan 5 telah mengadakan lawatan ke Fakulti Perubatan Veterinar diiringi dengan 4 orang guru. Pelajar didedahkan dengan suasana pembelajaran di universiti dan syarat-syarat kemasukan ke universiti. Juga lawatan ini memupuk minat pelajar untuk menceburi bidang sains dan teknologi di masa hadapan.
Lawatan diketuai oleh Pensyarah fakulti yang juga Ahli Jawatankuasa Lawatan Fakulti, Prof Madya Dr Hafandi Ahmad.
Tarikh Input: 21/08/2023 |
Kemaskini: 21/08/2023 | m_nazmi
PERKONGSIAN MEDIA