Serdang, 06 September – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) telah menerima seramai lima pegawai akademik dari Fakultas Kedokteran, Universitas Negeri Padang, Indonesia.Lawatan delegasi kumpulan akademik yang diketuai oleh dekan institusi berkenaan, iaitu Dr Rika Susanti, ini bertujuan untuk menjalinkan kejersama penyelidikan.
Aktiviti lawatan mereka dimulakan dengan pemberian penerangan ringkas berkenaan FPV. Prof Jalila Abu, selaku wakil pengurusan FPV, berkesempatan untuk beramah mesra dengan pegawai akademik yang terlibat. Ini diikuti dengan lawatan ke Museum Anatomi, dan lawatan ke UVH.
Hasil lawatan ini, FPV dan Universitas Negeri Padang ingin menjalin kejersama erat dari segi penyelidikan.
Tarikh Input: 23/09/2024 |
Kemaskini: 23/09/2024 | azwaar
PERKONGSIAN MEDIA