FPV Cakna AI, Perkasa Produktiviti | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » FPV Cakna AI, Perkasa Produktiviti

FPV Cakna AI, Perkasa Produktiviti

 

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

 

SERDANG, 14 Ogos - Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan “Bengkel AI Made Easy: NotebookLM, Gemini & Canva” pada 7 Ogos 2026 bertempat di Makmal Komputer, FPV UPM. Bengkel disampaikan oleh Puan Nor Baizura Zamri, dengan Ts. Saiful Ramadzan Hairani turut bertindak sebagai fasilitator.

 

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga fakulti mengenai penggunaan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) seperti NotebookLM, Google Gemini dan Canva bagi menyokong pelaksanaan tugasan harian. Program turut memberi penekanan terhadap peningkatan pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan produktiviti peserta melalui penggunaan teknologi AI secara beretika dan berkesan dalam tugasan harian warga fakulti.

 

Menurut penceramah, “Penggunaan AI bukan untuk menggantikan peranan manusia, sebaliknya menjadi pembantu dalam memudahkan tugasan, mempercepatkan proses kerja dan menghasilkan output berkualiti. Pengguna juga perlu memahami teknologi ini dengan baik serta menggunakannya secara beretika, bertanggungjawab dan bijak bagi memastikan hasil kerja kekal tepat, relevan dan bermanfaat.”

 

Peserta didedahkan kepada penggunaan Google Gemini bagi membantu penyediaan proposal dan kertas kerja, ringkasan eksekutif, minit mesyuarat serta analisis laporan. NotebookLM pula diperkenalkan untuk memahami dan meringkaskan dokumen, menjawab soalan berdasarkan sumber serta menjana kandungan seperti slaid dan infografik secara lebih tersusun dan mudah difahami oleh peserta secara lebih sistematik.

 

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen UVH dan FPV UPM dalam memperkukuh kompetensi digital warga fakulti selaras dengan perkembangan teknologi dan agenda transformasi digital. Program seumpama ini diharap dapat menggalakkan penggunaan AI secara beretika, sekali gus membantu warga fakulti melaksanakan tugasan dengan lebih sistematik, pantas dan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab harian.

 

Fasilitator membantu peserta memahami penggunaan aplikasi AI.

 

Sesi bimbingan dan perbincangan antara penceramah dengan peserta.

 

Peserta mengikuti sesi pembelajaran AI dalam suasana interaktif dan kolaboratif.

Tarikh Input: 14/08/2026 | Kemaskini: 14/08/2026 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (11:33:38am-11:38:38am, 16 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]