Food For All Fakulti Perubatan Veterinar | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Food For All Fakulti Perubatan Veterinar

Food For All Fakulti Perubatan Veterinar

 
Food for all FPV adalah program amal kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV), VETERNAK dan Cafeteria di FPV untuk membantu insan yang memerlukan terutamanya kepada pelajar fakulti.
 
Buat masa ini, pasukan Food For All telah berjaya mengatur agihan makanan (bulanan sepanjang semester) terus kepada pelajar dan mengedarkan kupon sebanyak 40 kupon (bernilai RM1 - RM4.50) sehari bermula pada semester lepas (semester pertama sesi 2015/2016).
 
Sehubungan itu, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan untuk menjana program tersebut. Sumbangan boleh disalur melalui kaedah berikut:
1) Memberikan sumbangan wang tunai kepada Puan Rita Bajat atau Cik Nuralina Jabir di Pej. TDA (ext 3880);
2) Menyalurkan sumbangan wang tunai di tabung Food For All di Pej. Am Dekan;
3) Menyalurkan sumbangan ke akaun KSRV (CIMB: 80-0215392-9) dan meletakkan rujukan penerima (recipient reference) Food For All
4) Menyalurkan terus sumbangan dalam bentuk makanan.
 
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini tuan/puan boleh menghubungi TDA (ext 3885), Puan Rita Bajat (ext 3883) dan Cik Nuralina Jabir (ext 3880).
 
Sesungguhnya sumbangan pihak tuan/puan itu menjadi pemangkin kepada kelancaran program Food For All ini dan atas perhatian serta sokongan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.:-  oleh Puan Rita Bajat.

Tarikh Input: 02/04/2019 | Kemaskini: 02/04/2019 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3800
+603 9769 1971
B1566185742