Esophagostomy Feeding Tube, Nasogastric Tube And Chest Tube Placement Workshop. | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Esophagostomy Feeding Tube, Nasogastric Tube And Chest Tube Placement Workshop.

Esophagostomy Feeding Tube, Nasogastric Tube And Chest Tube Placement Workshop.

3 Disember – Fakulti Perubatan Veterinar dengan kerjsama Rhone Ma Malaysia Sdn.Bhd telah mengadakan program ”Bengkel Pemasangan Tiub Penyusuan Esophagostomy, Tiub Nasogastrik Dan Tiub Dada". Bengkel ini bertujuan memberi perkongsian dan pemindahan ilmu kepada peserta tentang kaedah membantu memberi makan kepada haiwan melalui tiub hidung dan esofagus dengan kuantiti yang tepat supaya mencapai kiraan keperluan tenaga harian untuk pesakit di wad kritikal (ICU), perubatan dan pembedahan.

Peserta juga diberi pendedahan berkenaan kaedah tiub dada untuk membantu membuang udara atau cecair di dalam toraks.

Program ini dihadiri seramai 40 peserta dari kalangan pengamal perubatan veterinardan perkongsian program ini disampaikan oleh Dr. Rozanaliza Radzi, Pensyarah Kanan,Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar yang juga merangkap pengarah program serta dibantu oleh Dr. Ong Siew Mei, Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Kesayangan, Fakulti Perubatan Veterinar dan Dr. Nor Alimah Rahman, Pegawai Veterinar Kanan, Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Kesayangan, Fakulti Perubatan Veterinar.

Program ini turut disokong oleh staf surgeri pelajar, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar dannit Pengimejan dan Diagnostik Veterinar, Hospital Veterinar Universiti.

Menurut Dr. Rozanaliza Radzi, objektif program ini adalah untuk menghasilkan lebih ramai pengamal perubatan veterinar yang mampu untuk memberi rawatan pemasangan tiub penyusuan esophagostomi, tiub nasogastrik dan tiub dada kepada pesakit dipremis mereka dan meningkatkan kebarangkalian hidup pesakit.

Pendekatan program yang memberi pengalaman “hands-on” kepada peserta untuk memasukkan tiub penyusuan esophagostomi, tiub nasogastrik dan tiub dada mampu meningkatkan kemahiran peserta dalam memberikan rawatan kepada pesakit.

Tarikh Input: 14/12/2022 | Kemaskini: 14/12/2022 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXEbGAE~