ANATOMI DAN HISTOLOGI | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» ANATOMI DAN HISTOLOGI

ANATOMI DAN HISTOLOGI

Bidang anatomi merangkumi anatomi makroskopi (kasar), mikroskopi (histologi), dan perkembangan (embriologi). Anatomi kasar terdiri daripada anatomi sistemik kawasan dan klinikal, sambil histologi pula melibat pemeriksaan mikroskopi tisu mengguna pelbagai kaedah pewarnaan khusus. Embriologi mengkaji perkembangan embrio kepada fetus. Bidang penyelidikan ini pada asasnya adalah sebagai alat untuk kajian lain seperti penyakit teraruh dan semula jadi, toksikologi, farmakologi, regim terapeutik baharu dan inovatif, produk semula jadi dan pelbagai kanser. Anatomi dan histologi juga diguna dalam penyelidikan untuk menentukan mekanisme tindakan pelbagai sebatian terhadap organisma pada tahap tissue dan sel. Kekuatan kumpulan penyelidikan ini adalah dalam pembangunan komposisi tiruan untuk pembaikpulihan tulang dan penyakit ruminan dan avian.

Senarai Pakar 

Prof. Dr. Md Zuki Abu Bakar
Dr. Intan Shameha Abdul Razak
Prof. Dato’ Dr. Tengku Azmi Tengku Ibrahim
Prof. Madya Dr. Lokman Hakim Idris
Dr. Siti Mariam Zainal Ariffin

Kemaskini:: 02/08/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDTNAP~