Kata Aluan Dekan | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» MENGENAI KAMI » DARI MEJA DEKAN » Kata Aluan Dekan

Kata Aluan Dekan

Fakulti Perubatan Veterinar merupakan salah satu daripada fakulti asas Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. Ianya terletak kawasan Koridoraya Multimedia dan berhampiran dengan pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia di Putra Jaya. Fakulti Perubatan Veterinar bertekad untuk menjadi pusat pengajian sains veterinar yang terkemuka di rantau Asia Pasifik. 

Fakulti telah membuktikan keunggulannya dengan menjadi pusat pengajian veterinar yang pertama di dunia untuk mendapat pensijilan ISO 9001 pada Julai 2000. Semua aktivitinya kini tertakluk kepada prosedur ISO 9001 yang merangkumi pengajian prasiswazah dan siswazah, penyelidikan, pendidikan lanjutan, pentadbiran dan perkhidmatan profesional termasuk hospital veterinar. 

Semua prosedur ini telah digubah dengan teliti untuk memastikan peningkatan yang progresif dalam pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran Fakulti dan ianya disemak setiap tahun

Layarilah laman ini yang meliputi pelbagai topik yang merangkumi semua aspek Fakulti Perubatan Veterinar. Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut hubungi kami di alamat yang tertera.

Saya mengalu-alukan anda untuk berkongsi dengan kami tekad kami bagi memperkembangkan profesion veterinar secara progresif dan suasana yang sihat.

YBhg Profesor Dato' Dr. Mohd Hair Bejo
Dekan
Fakulti Perubatan Veterinar
Univerisiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

 

 

Kemaskini:: 10/07/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3800
+603 9769 1971
B1566189031