PEMAKANAN | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» PEMAKANAN

PEMAKANAN

Program pemakanan haiwan menekankan penyelidikan pada haiwan ladang, kesayangan, makmal, hidupan liar dan zoo yang berkaitan dengan kesihatan. Projek penyelidikan termasuk sistem pemakanan pengurusan haiwan untuk meningkatkan kecekapan serta kesihatan pertumbuhan haiwan dan untuk mempertingkatkan atribut kesihatan manusia pada produk haiwan sambil memelihara kualiti alam sekitar.  Langkuan kajian adalah daripada masalah gunaan dalam pemberian makanan kepada persoalan saintifik asas dalam pertumbuhan, pengeluaran dan kesihatan haiwan. Program penyelidikan memberi tumpuan kepada impak pemakanan terhadap kesihatan, keimunan, gangguan pencernaan/metabolisme, prestasi pembiakan, penyakit bakteria dan parasit, toksin organik dan tekanan pemakanan, dan pengurusan pemakanan haiwan yang sakit. Bidang penyelidikan lain termasuk penilaian, pemprosesan, dan penggunaan bahan makanan dalam sistem pemakanan cekap dan penentuan keperluan nutrien. Penyelidikan juga meliputi perumusan makanan tepat, pemakanan berfasa dan penggunaan bahan aditif makanan untuk penyelenggaraan prestasi haiwan boleh diterima pada peringkat neonat, pertumbuhan, penamat dan pembiakan.

Senarai Pakar

Dr. Hasliza Abu Hassim
Prof. Madya Dr. Lokman Hakim Idris
Dr. Mohd Mokrish Mohd Ajat
Prof. Dr. Goh Yong Meng

Kemaskini:: 02/08/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDTPAW~