PARASITOLOGI | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» PARASITOLOGI

PARASITOLOGI

Bidang penyelidikan utama termasuk biologi dan sistematik molekul, epidemiologi, pencirian genetik, filogenetik, variasi antigenik dan ketahanan drug pada parasit yang menjangkiti manusia, haiwan kesayangan, ternakan dan hidupan liar di kawasan tropika. Walaupun kaedah penyelidikan adalah berasaskan teknik  konvensional, pelbagai teknik molekul lanjutan diguna untuk mencirikan biologi sel parasit dan menentukan saling tindak antara parasit, perumah, dan persekitaran. Diantara tumpuan kajian ialah penentuan variasi genetik di kalangan parasit dan peranan dan pengaruh pola penyataan gen terhadap dinamik parasitemia, gerak balas imun, ketahanan terhadap kemoterapeutik, dan serangan sel. Tumpuan penyelidikan adalah kepada parasit berkepentingan veterinar dan perubatan termasuk penyakit parasit  baru muncul, zoonosis dan parasit yang berimpak ekonomi kepada haiwan ternakan, haiwan kesayangan dan hidupan liar.

Senarai Pakar

Dr. Nor Azlina Abdul Aziz
Dr. Nur Mahiza Md. Isa
Dr. Reuben Sunil Kumar Sharma
Dr. Puteri Azaziah Megat Abd. Rani
Prof. Madya Dr. Malaika Watanabe
Dr. Sharifah Salmah Syed Hussain

Kemaskini:: 02/08/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDTOAl~