KESIHATAN HAIWAN EKSOTIK DAN HIDUPAN LIAR | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» KESIHATAN HAIWAN EKSOTIK DAN HIDUPAN LIAR

KESIHATAN HAIWAN EKSOTIK DAN HIDUPAN LIAR

Bidang penyelidikan tertumpu kepada kesihatan hidupan liar dan haiwan eksotik di rantau tropika, termasuk agen penyakit dan patobiologi, penyakit baru muncul dan zoonosis, epidemiologi, perubatan pemuliharaan, pengurusan dan kebajikan haiwan zoo, pembiakaan dan pemakanan. Projek penyelidikan melibatkan pelbagai taxon termasuk hidupan liar bebas, hidupan liar kurungan dan haiwan eksotik peliharaan. Bidang penyelidikan tumpuan untuk hidupan liar bebas termasuk pertemuan manusia-hidupan liar dan ternakan-hidupan liar dimana penumpuan diberi kepada kepelbagaian dan pengawasan patogen dan vektor, dinamik pemindahan penyakit, penentu ekologi, dan kesan perubahan habitat. Penyakit zoonosis hidupan liar kurungan dan haiwan eksotik peliharaan dikaji untuk memahami kepelbagaian pathogen dan faktor risko kepada pemindahan.  Projek pemuliharaan veterinar termasuk biologi pembiakbakaan dan pembiakan, pemakanan, kebajikan dan pengurusan haiwan terancam.

Senarai Pakar

Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan
Dr. Reuben Sunil Kumar Sharma
Prof. Dr. Jalila Abu
Prof. Madya Dr. Hassan Hj. Mohd Daud
Dr. Azlan Che’ Amat

Kemaskini:: 02/08/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SWMHSAN:18:11