KEBAJIKAN HAIWAN | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» KEBAJIKAN HAIWAN

KEBAJIKAN HAIWAN

Bidang ini menumpu kepada 5 domain kebajikan haiwan; pemakanan, persekitaran, kesihatan, tingkah laku dan mental. Teras pengkhususan ialah pengenalpastian, penyiasatan, penilaian, membuat cadangan dan pengurusan isu kebajikan haiwan mengguna indeks deprivasi dalam domain tersebut. Penyelidikan dalam bidang ini termasuk kesan persekitaran tekanan dan tidak kondusif terhadap fisiologi, pembiakan, tingkah laku, lanjutan usia, kerentanan dan ketahanan penyakit pada haiwan. Calon boleh juga menjalankan kajian untuk mengembangkan profil darah, fisiologi dan fizikal untuk menentukan kezaliman terhadap haiwan. Kajian berpotensi lain termasuk kebajikan hidupan liar dengan menilai tingkah laku, persekitaran, penyesuaian dan kemandirian dalam kurungan.

Senarai Pakar

Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan
Dr. Nur Fazila Saulol Hamid

Kemaskini:: 02/08/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDTLAM~