FISIOLOGI HAIWAN | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» FISIOLOGI HAIWAN

FISIOLOGI HAIWAN

 

Tumpuan penyelidikan dalam bidang ini termasuk fisiologi molekul, tingkah laku, pemakanan, neuron, dan tekanan. Penyiasatan ditujukan kepada pemahaman fungsi organ dan sistem organ, penyesuaian morfologi dan gerak balas terhadap rangsangan dan persekitaran dengan penekanan diberi kepada fungsi, metabolisme dan pengawalaturan dalam organisma hidup, metabolomik, nutrigenomik and lipidomik. Calon dijangka akan juga menjalankan penyiasatan terhadap arah laluan biokimia perlu untuk bioenergetik, pengawalaturan homeostasis, saling tindak ligand-reseptor dan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit mengguna model haiwan. Pada aras sel, penyelidikan fisiologi haiwan meliputi organisasi dan fungsi sel, ciri biomembran, komunikasi sel, tranduksi isyarat kepada pengawalaturan kemandirian sel, apoptosis dan neoplasia.

Senarai Pakar

Prof. Dr. Goh Yong Meng
Dr. Wan Mastura Mossadeq
Prof. Madya Dr. Hafandi Ahmad

Kemaskini:: 08/08/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDTQAm~