MAKLUMAN KEPADA PELANGGAN VLSU
KAEDAH BARU KUTIPAN BAYARAN PERKHIDMATAN DIAGNOSIS DI UNIT PERKHIDMATAN MAKMAL VETERINAR, FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, UPM
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Untuk makluman semua pelanggan,
unit ini telah diarahkan oleh Bahagian Bendahari UPM untuk membuat kutipan bayaran sendiri bagi setiap perkhidmatan diagnosis yang dijalankan.
Bagi memenuhi arahan tersebut langkah-langkah berikut perlu diikuti oleh setiap pelanggan:
I. Bayaran hendaklah terus dibuat secara tunai atau cek berpalang (di atas nama Bendahari UPM) dan hantarkan ke Unit Perkhidmatan Makmal Veterinar (VLSU) semasa atau selepas sijil analisis dan bil pembayaran dikeluarkan.
Resit pembayaran akan diserahkan kepada pihak pelanggan setelah 1 minggu melalui fax atau boleh diambil sendiri di Unit Perkhidmatan Makmal Veterinar.
II. Bayaran terus melalui akaun bank (CIMB), No akaun : 1215-0005004-050di atas nama Kira-Kira Am UPM.
Slip bayaran hendaklah dihantar terus ataupun melalui fax ke Unit Perkhidmatan Makmal Veterinar sebagai bukti
pembayaran perkhidmatan telah dibuat. Resit pembayaran akan diserahkan kepada pihak pelanggan setelah 1 minggu
melalui fax atau boleh diambil sendiri di Unit Perkhidmatan Makmal Veterinar.
Sebarang masalah dan pertanyaan lanjut, silalah berhubung dengan Cik Rosmaria Othman di talian (tel/fax): 03-8609 3944, atau email ke rosmaria@upm.edu.my.
Harap Maklum
Sekian Terima Kasih
Penyelaras,
Unit Perkhidmatan Makmal Veterinar,
Fakulti Perubatan Veterinar,
Universiti Putra Malaysia
Kemaskini:: [zaharimahad] Kemaskini:: 10/11/2014 [mjamil]
