UVH Jadi Rujukan PPUM Dalam Amalan Pengimejan Diagnostik Veterinar | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » UVH Jadi Rujukan PPUM dalam Amalan Pengimejan Diagnostik Veterinar

UVH Jadi Rujukan PPUM dalam Amalan Pengimejan Diagnostik Veterinar

 

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

 

SERDANG, 11 Februari – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima lawatan rasmi daripada Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rujukan berkaitan amalan pengimejan diagnostik veterinar. Lawatan ini memfokuskan kepada pengurusan proses kerja, penggunaan modaliti pengimejan, serta pematuhan standard keselamatan dan etika dalam pengendalian prosedur pengimejan yang melibatkan haiwan.

 

Lawatan dimulakan dengan sesi perbincangan dua hala sebelum delegasi dibawa melawat fasiliti terpilih di FPV, termasuk Muzium Anatomi Haiwan dan Hospital Veterinar Universiti. Tumpuan utama lawatan adalah ke Unit Pengimejan Diagnostik UVH bagi meneliti secara langsung kemudahan, susun atur fasiliti serta aliran kerja pengimejan yang diamalkan.

 

Sepanjang sesi lawatan ke Unit Pengimejan Diagnostik, pihak UVH berkongsi amalan terbaik melibatkan prosedur operasi standard, pengurusan fasiliti, keselamatan radiasi serta pendekatan pengendalian haiwan yang beretika dan sistematik. Perkongsian ini memberi pendedahan menyeluruh kepada pihak PPUM mengenai pelaksanaan pengimejan diagnostik veterinar dalam persekitaran hospital universiti.

 

Pihak FPV dan UVH menyambut baik lawatan ini sebagai platform pertukaran ilmu dan pengalaman antara bidang veterinar dan perubatan. Inisiatif ini turut membuka ruang kepada kerjasama strategik dalam aspek penyelidikan, latihan serta pembangunan kepakaran secara bersama.

 

Secara keseluruhannya, lawatan rasmi ini diharap dapat menyokong penambahbaikan amalan pengimejan diagnostik kedua-dua pihak, di samping mengukuhkan peranan UVH sebagai pusat rujukan dalam bidang pengimejan diagnostik veterinar.

 

Melawat Muzium Anatomi Haiwan

 

Pendedahan di Unit Pengimejan Diagnostik

 

Delegasi berkenalan dengan Jamal Oyen

Tarikh Input: 11/02/2026 | Kemaskini: 11/02/2026 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (08:33:57am-08:38:57am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]