SUKAN SUKUM, UNIVERSITI AWAM 2024 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » SUKAN SUKUM, UNIVERSITI AWAM 2024

SUKAN SUKUM, UNIVERSITI AWAM 2024

 

Kota Kinabalu 8 Ogos 2024, – Kejohanan SUKUM 2024, yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari 8 hingga 17 Ogos, menyaksikan penglibatan aktif bukan sahaja daripada atlet pelajar tetapi juga daripada staff dan kakitangan universiti. UMS telah mengatur pelbagai acara dengan penuh perancangan untuk memastikan kejohanan ini berjalan lancar dan berjaya.

Acara pembukaan pada 8 Ogos menyaksikan sambutan meriah dengan persembahan kebudayaan dan penganjuran pelbagai aktiviti yang melibatkan seluruh komuniti UMS. Staff dan kakitangan universiti turut memainkan peranan penting dalam memastikan kejohanan ini menjadi satu pengalaman yang memuaskan untuk semua pihak yang terlibat.

Dalam acara SUKUM kali ini, Fakulti Perubatan Veterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) juga menyumbang dengan menghantar sepuluh wakil atlet mereka. Atlet-atlet ini terdiri daripada warga fakulti yang telah dipilih berdasarkan prestasi cemerlang dalam latihan dan pertandingan sebelumnya. Mereka akan mewakili fakulti dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan, termasuk atletik, bola sepak, dan badminton, Catur, Olahraga, Petanque, Ping Png dan Dart.

Tarikh Input: 09/08/2024 | Kemaskini: 09/08/2024 | azwaar

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
X, (02:48:27am-02:53:27am, 18 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]