Serdang, 19 September - Fakulti Perubatan Veterinar melalui Kelab Sukan & Rekreasi Veterinar telah berjaya menganjurkan program sempena cuti sekolah iaitu ‘Speak Yourself: Basic Public Speaking Modul 1.0’. Penyertaan adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berumur 9-13 tahun. Program ini merupakan kali pertama dianjurkan oleh KSRV bertujuan utk memberi pendedahan awal berkenaan pengucapan awam di kalangan kanak-kanak.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof Dr Goh Yong Meng, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Melalui ucapannya, beliau menyatakan komitmen dan sokongan daripada pengurusan fakulti untuk penganjuran acara seperti ini di masa akan datang. Beliau juga memuji usaha dan kerjasama dari jawatankuasa terlibat dalam menjayakan program ini.
Program ini diketuai oleh En Md Nazim Razali Kanini yang juga bertindak sebagai fasilitator dan pengajar. Kerjasama dari JK program telah berjaya memastikan kelancaran program yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah ‘ice-breaking’, sesi tunjuk ajar teknik pengucapan awam serta persembahan berkumpulan pada akhir acara. Para peserta juga telah dibawa melawat Muzium Anatomi Haiwan FPV dan diberi penerangan berkenaan spesimen dan fungsi muzium secara keseluruhannya.
Penyertaan adalah dihadkan kepada 25 org peserta bagi menjamin kelancaran program dan memberikan lebih fokus kepada peserta. Melalui permohonan penyertaan yg menggalakkan, program ini dicadang untuk dilaksanakan secara berterusan di masa akan datang.
Penutupan program telah disempurnakan oleh YBrs Prof Madya Dr Intan Shameha, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah FPV dengan penyampaian sijil dan anugerah khas peserta terbaik program iaitu adik Aliff Khaliq bin Fazril. Semoga para peserta mendapat manfaat dan mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah dan pengalaman baru.
Tarikh Input: 25/09/2024 |
Kemaskini: 25/09/2024 | azwaar
PERKONGSIAN MEDIA