Siti Aina Iman Dinobatkan Pemenang FFM Best Student Project Seminar 2024 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Siti Aina Iman Dinobatkan Pemenang FFM Best Student Project Seminar 2024

Siti Aina Iman Dinobatkan Pemenang FFM Best Student Project Seminar 2024

 
 
Siti Aina Iman Dinobatkan Pemenang FFM Best Student Project Seminar 2024
 
Serdang, 25 Julai – Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) telah menganjurkan FFM Best Student Project Seminar 2024, sebuah program tahunan yang bertujuan mengenal pasti penerima Hadiah FFM dalam kalangan pelajar Tahun Akhir program Doktor Perubatan Veterinar.
 
Program ini menyaksikan enam (6) orang finalis membentangkan hasil dapatan projek ilmiah masing-masing, iaitu Tan Xuan Han, Siti Aina Iman binti Khairil Hakma, Natasha Low Pei Ning, Edwin Lai Yi Chuan, Zara Nadhirah binti Shuhairi dan Ng Jing Fu.
Pembentangan para finalis telah dinilai oleh empat (4) orang panel penilai berpengalaman, terdiri daripada Prof. Dr Abdul Rahman Omar selaku Ketua Panel Penilai, Prof. Dr Md Zuki Abu Bakar @ Zakaria, Dr Rozanaliza Radzi dan Dr Chua Pei Lin yang mewakili FFM Berhad.
 
Siti Aina Iman binti Khairil Hakma telah diumumkan sebagai pemenang Hadiah FFM 2024 dan bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.00 yang akan disampaikan secara rasmi dalam Majlis Penyampaian Hadiah Fakulti 2025. Selain itu, semua finalis menerima saguhati wang tunai sebanyak RM200.00 sebagai penghargaan atas penyertaan dan usaha cemerlang mereka dalam projek ilmiah masing-masing.
 
Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen fakulti dalam memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan pelajar serta mengiktiraf kecemerlangan akademik dan penyelidikan di peringkat prasiswazah.
 
 

Tarikh Input: 31/07/2025 | Kemaskini: 31/07/2025 | m_nazmi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (01:38:47am-01:43:47am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]