setting39.216.73.216.124, 172.17.224.1 Sihat Si Bulus, Selamat Si Poket | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Sihat Si Bulus, Selamat Si Poket

Sihat Si Bulus, Selamat Si Poket

 

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

 

SERDANG, 16 Julai - Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Webinar Kebajikan Haiwan@VET, UPM Siri 6/2026 bertajuk “Sihat Si Bulus, Selamat Si Poket” pada 10 Julai 2026. Program ini disampaikan oleh YBrs. Dr. Wirdatul Nazira Zahri, Pegawai Perancang Operasi, Hospital Veterinar Universiti, FPV.

 

Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan haiwan bagi pencegahan sebelum berlakunya penyakit. Peserta turut diterangkan berkenaan beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos rawatan veterinar, termasuk kemajuan teknologi perubatan, harga ubat dan kelewatan mendapatkan rawatan.

 

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi seperti diabetes mellitus, penyakit buah pinggang kronik, demam kutu, pyometra, parvovirus dan kanser. Penceramah turut berkongsi langkah pencegahan melalui vaksinasi, pemeriksaan berkala, kawalan kutu, pemandulan dan pemakanan seimbang.

 

Menurut Dr. Wirdatul Nazira Zahri, “Kasih sayang bukan diukur apabila sanggup membayar bil yang mahal, tetapi apabila kita mengambil langkah untuk mengelakkan haiwan kesayangan daripada jatuh sakit.” Beliau turut menegaskan bahawa kos pencegahan dan pengesanan awal penyakit sentiasa lebih murah berbanding kos rawatan.

 

Penganjuran webinar ini mencerminkan komitmen UPM dalam memperkasakan pengetahuan masyarakat mengenai penjagaan kesihatan haiwan. Program seumpama ini diharap membantu pemilik membuat keputusan yang lebih bijak, mengurangkan risiko penyakit serta meningkatkan kesejahteraan haiwan peliharaan.

 

Persiapan urus setia sebelum webinar bermula.

 

Dr. Michelle mengikuti sesi webinar sebagai moderator jemputan.

 

 Dr. Wirdatul Nazira menyampaikan ceramah secara dalam talian.

 

Klik media di bawah untuk tonton video rakaman:

 

Klik media di bawah untuk dapatkan slaid penceramah:

Tarikh Input: 16/07/2026 | Kemaskini: 16/07/2026 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
X, (10:17:08pm-10:22:08pm, 17 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]