Sambutan Hari Kemerdekaan 2024, FPV | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Sambutan Hari Kemerdekaan 2024, FPV

Sambutan Hari Kemerdekaan 2024, FPV

Serdang, 15 Ogos – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) menyertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ bersempena dengan Program Semarak Merdeka UPM 2024. Bagi menyertai pertandingan ini, setiap PTJ, termasuk FPV, perlu menonjolkan kemeriahan dalam menyambut bulan kemerdekaan melalui kibaran Jalur Gemilang dengan cara yang kreatif dan luar imaginasi. PTJ juga diberi kebebasan dalam menginterpretasikan kemeriahan tersebut seiring dengan kibaran Jalur Gemilang.

Para juri disajikan dengan aktiviti pembukaan dengan konvoi bermotorsikal oleh staf FPV yang membawa Jalur Gemilang beramai-ramai. Setelah tiba di foyer FPV, para juri dipersembahkan dengan pertunjukan aksi silat khas daripada staf UVH, Encik Hanis bin Noraziman. Di samping itu, para juri dan warga FPV dihidangkan dengan persembahan aksi silat hebat daripada Pertubuhan Seni Silat Pancasila.
Dalam pertandingan ini, FPV telah menonjolkan keunikannya, dengan melibatkan pelbagai haiwan termasuk kuda, kucing dan anjing. Mereka yang merupakan haiwan residen, menjadi tumpuan untuk para hadirin. Mereka telah disarungkan dengan pakaian kebangsaan yang berwarna Jalur Gemilang.Semua haiwan dilihat kelihatan segak dan comel ketika perarakan, dan dilihat hadirin tidak putus-putus mengambil swafoto bersama haiwan ini.

Penyertaan FPV dalam pertandingan ini telah menjadi medan kepada warga FPV berkerja bersama dalam menonjolkan kreativiti Dengan penggemblengan idea dan tenaga warga FPV, terhasil sebuah replika bangunan Parlimen Malaysia menggunakan bahan terbuang, sangkar telur. Pakaian yang disarung oleh NagaPutra, kuda residen FPV telah dijahit sendiri secara kreatif oleh Encik Mohd Firdaus bin Nizamuddin. Seluruh warga FPV juga turut bersama-sama mempersembahkan nyanyian lagu ‘Jalur Gemilang’ secara beramai-ramai bagi menzahirkan semangat kebangsaan.

Sesi penjurian telah berlangsung selama hampir setengah jam. Matlamat penyertaan FPV dalam pertandingan ini sudah semestinya mengharapkan kemenangan, namun kemenangan yang sebenar adalah semangat Jiwa Merdeka yang berjaya dipupuk di kalangan warga FPV.

Tarikh Input: 16/08/2024 | Kemaskini: 22/08/2024 | ahmadazlan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (08:16:58pm-08:21:58pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]