PROGRAM CERIATHON 2024 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » PROGRAM CERIATHON 2024

PROGRAM CERIATHON 2024

Serdang, 24 Mei – Fakulti Perubatan Veterinar , Universiti Putra Malaysia melalui Pejabat Timbalan Dekan (Akademik & HEP) dan Kelab Sukan Rekreasi Veterinar (KSRV) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan Veterinar (VETERNAK) telah melaksanakan program CERIATHON 2024 yang merupakan program tahunan yang dilaksanakan dalam usaha Fakulti untuk mengekalkan aspek kebersihan dan keceriaan sekitar kawasan Fakulti. Program ini juga dapat memupuk semangat kecintaan kepada Fakulti dan juga semangat kekitaan antara staf dan Pelajar Fakulti disamping dapat mewujudkan semangat kerjasama antara staf dan juga pelajar Fakulti.

Program telah dimulakan dengan sesi senamrobik bagi sesi memanaskan badan dan seterusnya sesi gotong-royong membersihkan kawasan Fakulti dan termasuk Hospital Veterinar Universiti yang telah dilaksanakan secara bersama oleh staf dan pelajar Fakulti.

Pada tahun ini, pelajar Fakulti telah berjaya melakarkan sebuah mural yang bermotifkan enam (6) haiwan-haiwan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dekan Fakulti, Prof. Dr Goh Yong Meng.

Tarikh Input: 12/08/2024 | Kemaskini: 12/08/2024 | azwaar

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
F, (04:36:15pm-04:41:15pm, 03 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]