Mesyuarat Agung KSRV Yang Ke-44 | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» BERITA » Mesyuarat Agung KSRV yang ke-44

Mesyuarat Agung KSRV yang ke-44



Serdang, 13 April – Kelab Sukan Dan Rekreasi Veterinar (KSRV) dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia baru ini telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung KSRV yang ke-44. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk melaporkan segala aktiviti yang dijalankan di bawah tampuk Exco lantikan 2020-2022 disamping mengadakan sesi pemilihan Pengerusi Kelab dan barisan Exco yang baharu. Walaupun pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengakibatkan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh KSRV terpaksa dibatalkan, namun ia tidak mematahkan semangat KSRV untuk terus memberikan sumbangan serta membantu kebajikan dan kesejahteraan warga Fakulti ini.

Mesyuarat dimulakan dengan kata aluan daripada Pengerusi KSRV dan pemberian sijil penghargaan daripada YBhg. Dekan kepada barisan Exco KSRV 2020-2022. Seterusnya, mesyuarat secara rasminya membubarkan Exco KSRV 2020-2022 sebelum sesi undian untuk lantikan Exco baharu dijalankan. Antara jawatan yang diisi termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari, serta Setiausaha khusus; Kebajikan & Kerohanian, Sukan, dan Rekreasi. Dengan kehadiran hampir 80 ahli KSRV, jelas terlihat kesepakatan dan sokongan warga Fakulti untuk bersama-sama memajukan dan menggerakkan aktiviti KSRV ini.

Tarikh Input: 09/05/2023 | Kemaskini: 09/05/2023 | m_nazmi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXFeLAM~