Latihan Kebakaran UVH: Manusia Dan Haiwan Berjaya Diselamatkan | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Latihan Kebakaran UVH: Manusia dan Haiwan Berjaya Diselamatkan

Latihan Kebakaran UVH: Manusia dan Haiwan Berjaya Diselamatkan

Oleh: Ainaa Liyana binti Abdul Rahman | ainaaliyana@upm.edu.my

SERDANG, 1 Ogos 2025 – Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjayakan sesi latihan pengungsian bangunan (fire drill) yang merupakan latihan tahunan pengungsian bangunan bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan pasukan Emergency Response Team (ERT) dan warga Hospital Veterinar Universiti (UVH) dalam menghadapi bahaya kebakaran sebenar.

Salah seorang mangsa , Encik Nur Alif bin Roszaidi telah berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Pemadam Kebakaran dan Penyelamat ERT (ResQ).

Unit Bantu Mula, UPM tiba di lokasi pada jam 3.14 petang.

Selain bantuan dan kerjasama daripada pasukan Emergency Response Team (ERT), Unit Bantu Mula, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) turut memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesi latihan tersebut.

 
 

Mangsa yang cedera parah, Encik Ahmad Sharman Daniel bin Abdul Rashid telah dibantu oleh
Pasukan ERT fakulti , En. Md Nazim Razali bin Kanini dan En. Muhammad Syahir bin Zainal Abidin
sebelum mendapatkan rawatan daripada pasukan PKU.

Sebahagian staf UVH dan Haiwan berkumpul di AP3.

Latihan bermula apabila loceng kecemasan dibunyikan tepat jam 3.00 petang dengan melibatkan kekuatan seramai 35 pasukan ERT fakulti. Semua penghuni hospital termasuk haiwan dan pelanggan diarahkan bergegas ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan (AP3 & AP4). Satu situasi kebakaran juga telah diwujudkan melibatkan dua (2) mangsa cedera parah (status merah) iaitu Encik Ahmad Sharman Daniel bin Abdul Rashid dan Encik Nur Alif bin Roszaidi. Kedua-dua mangsa telah berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Pemadam Kebakaran dan Penyelamat ERT (ResQ) sebelum diserahkan kepada Pasukan Pertolongan Cemas ERT (Medical) untuk rawatan awal.

 
 

Ambulans PKU, UPM tiba jam 3.16 petang dan memberikan rawatan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Staf dan Haiwan berkumpul di AP.

Proses pengungsian telah berjalan dengan lancar di mana seramai 87 orang penghuni ke tempat berkumpul yang ditetapkan (AP3 & AP4) dan mengambil masa selama 5 minit. Unit Bantu Mula, UPM tiba di lokasi pada jam 3.14 petang, diikuti Ambulans PKU, UPM pada jam 3.16 petang.

 

Mangsa diselamatkan oleh Pasukan ERT FPV.

Haiwan turut dibawa ke tempat selamat.

En. Saipuzaman bin Ali sebagai Ketua Seksyen Operasi, ERT fakulti menerima laporan jumlah penghuni daripada pegawai insiden setiap unit yang telah dilantik. Beliau bertindak melaporkan situasi kejadian kepada Unit Bantu Mula, UPM dan seterusnya mengambil alih penugasan tindakan memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa dibantu oleh pasukan ERT fakulti dan Bahagian PKU.

 

Mangsa dijumpai.

Operasi pengungsian.

Secara keseluruhannya, latihan kebakaran ini telah berlangsung selama 30 minit dan memberi pendedahan kepada warga UVH tentang prosedur keselamatan dan tindakan segera ketika berlaku kecemasan sebenar. Warga UVH berkumpul di Lobi Klinik Haiwan Kesayangan sejurus sahaja selesai latihan kebakaran. Latihan diakhiri dengan laporan latihan kebakaran ringkas oleh Dr. Nor-Alimah binti Rahman, Pengurus Operasi dan Teknikal hospital dan ucapan penghargaan oleh Timbalan Dekan Hospital, Prof. Madya Dr. Noraniza bt Mohd Adzahan untuk semua warga UVH.

Sesi latihan kebakaran telah tamat pada jam 3.45 petang dan semua warga UVH berkumpul
di Lobi Klinik Haiwan Kesayangan untu sesi bergambar.

Latihan Kebakaran UVH: Manusia dan Haiwan Berjaya Diselamatkan

Tarikh Input: 11/08/2025 | Kemaskini: 17/09/2025 | faizeenazani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (08:52:39am-08:57:39am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]