Kursus Asas Endurance 2026 Perkukuh Pembangunan Industri Ekuin Negara | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Kursus Asas Endurance 2026 Perkukuh Pembangunan Industri Ekuin Negara

Kursus Asas Endurance 2026 Perkukuh Pembangunan Industri Ekuin Negara

 

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

 

SERDANG, 19 Mei - Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program “Kursus Asas Endurance 2026” sebagai platform perkongsian ilmu dan latihan berkaitan sukan endurance dalam usaha memperkukuh pembangunan industri sukan berkuda di Malaysia. Program ini mendapat tajaan utama daripada Lembaga Totalisator Malaysia (LTM) sebagai sokongan terhadap pembangunan sukan endurance dan industri ekuin negara.

 

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta berkaitan pengurusan menyeluruh sukan endurance meliputi persediaan sebelum, semasa dan selepas pertandingan termasuk aspek latihan, pemakanan, penjagaan serta kebajikan kuda. Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan terhadap aspek penyakit, kecederaan, pencegahan dan rawatan dalam sukan endurance bagi memastikan tahap kesihatan dan prestasi kuda sentiasa berada pada tahap optimum.

 

Antara pengisian utama kursus termasuk pengenalan kepada endurance, prinsip asas melatih kuda endurance berprestasi tinggi, peraturan dan undang-undang endurance, persediaan pertandingan, penyakit berkaitan endurance serta nutrisi dan pemakanan kuda endurance. Program ini melibatkan penyertaan seramai 70 orang yang terdiri daripada pemain industri, pemilik kuda, penunggang dan individu yang berminat dalam sukan endurance.

 

Kursus yang berlangsung selama dua hari di Zenith Hotel Putrajaya ini menampilkan beberapa penceramah berpengalaman daripada UPM iaitu Prof. Madya Dr. Noraniza Mohd Adzahan, Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin dan Dr. Noorashimah Roslim, serta Tuan Haji Mohamad Din Mat selaku Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM).

 

Program ini menjadi platform dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara pemain industri, pemilik kuda, penunggang dan penggiat sukan endurance bagi menyokong pembangunan sukan tersebut secara berterusan di Malaysia. Penganjuran kursus ini sekali gus memperkukuh peranan UVH dan FPV sebagai pusat rujukan dalam bidang perubatan veterinar dan sukan berkuda negara.

 

Barisan tetamu kehormat

 

Ucapan perasmian oleh penaja utama kursus

 

Penyampaian token penghargaan kepada Tuan Haji Mohamad Din Mat

Tarikh Input: 19/05/2026 | Kemaskini: 19/05/2026 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (08:35:12am-08:40:12am, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]