Kunjungan Hormat Pengerusi LPU Perkukuh Peranan Strategik FPV UPM | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Kunjungan Hormat Pengerusi LPU Perkukuh Peranan Strategik FPV UPM

Kunjungan Hormat Pengerusi LPU Perkukuh Peranan Strategik FPV UPM

 

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

 

SERDANG, 23 April – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari dalam satu sesi lawatan rasmi yang berlangsung di fakulti berkenaan. Lawatan ini turut disertai oleh Ahli LPU, YBrs. Dr. Noraisah Mydin Haji Abdul Aziz dan YBrs. Tn. Mohamad Sabrie Mohamad Salleh.

 

Lawatan dimulakan dengan sesi alu-aluan oleh Dekan FPV, YBhg. Prof. Dr. Goh Yong Meng, FASc, diikuti dengan pembentangan pengenalan fakulti serta pencapaian Hospital Veterinar Universiti (UVH). Turut dibentangkan ialah perancangan strategik FPV bagi tahun 2026 yang merangkumi aspek pengukuhan pendidikan veterinar, penyelidikan serta sumbangan kepada industri dan kesejahteraan kesihatan awam.

 

Sesi interaksi antara Pengerusi LPU bersama barisan pengurusan FPV dan ahli LPU turut diadakan sebagai platform perbincangan dua hala yang konstruktif. Perbincangan ini memberi ruang untuk berkongsi pandangan, cabaran semasa serta cadangan penambahbaikan dalam usaha memperkukuh peranan bidang veterinar dalam pembangunan negara, khususnya dalam sektor agro-makanan.

 

Lawatan diteruskan dengan kunjungan ke Muzium Anatomi Haiwan FPV yang menempatkan koleksi spesimen anatomi sebagai bahan sokongan penting dalam pengajaran dan pembelajaran bidang veterinar. Delegasi kemudiannya dibawa ke Hospital Veterinar Universiti (UVH) bagi melihat sendiri kemudahan serta perkhidmatan klinikal yang disediakan. Lawatan ini memberi gambaran menyeluruh terhadap keupayaan fakulti dalam menyediakan ekosistem pembelajaran yang komprehensif dan bersepadu.

 

Secara keseluruhannya, kunjungan ini dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam memperkukuh hubungan strategik antara LPU dan FPV, di samping menjadi pemangkin kepada kerjasama berterusan ke arah kecemerlangan institusi. Diharapkan jalinan kerjasama serta perkongsian pandangan ini akan terus diperkasa demi memastikan FPV kekal relevan dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

 

 

Tarikh Input: 23/04/2026 | Kemaskini: 23/04/2026 | zafarul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (03:47:20pm-03:52:20pm, 23 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]