Kunjungan Dari Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR vet
» BERITA » Kunjungan dari Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam

Kunjungan dari Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam

SERDANG, 23 Julai- Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia(UPM) telah menerima kunjungan dari Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam.
Dekan FPV UPM, Prof. Dr. Goh Yong Meng, berkata kunjungan ini dapat mendedahkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam kemudahan yang terdapat di FPV UPM yang berperanan kepada negara.
 
 
“Kemudahan Hospital Veterinar Universiti, FPV UPM adalah sangat penting khususnya penjagaan kesihatan haiwan.
“Fakulti ini bukan sahaja antara fakulti pertama yang diwujudkan dalam penubuhan UPM, tetapi ianya menjadi ikon
kepada UPM dan kita patut memberikan tumpuan yang tinggi untuk memastikan kedudukannya sebagai fakulti terbaik
di UPM dan Fakulti Perubatan Veterinar terbaik di negara dapat dikekalkan,” katanya.
 
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi Lembaga
Pengarah UITM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS),
Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
Dato' Sri Ibrahim Ahmad dan Lembaga Pengarah Universiti Malaya(UM), Tan Sri Zarinah Anwar.

Tarikh Input: 13/08/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | azwaar

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
W, (02:22:34pm-02:27:34pm, 08 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]