|
|
9 Julai 2024, Serdang. Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan & Pengajian Siswazah (TDPS) dan unit Vet-CPD, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan bengkel “ A Guide to Effective Grant Writing: Grant Putra & FRGS”. Seminar ini telah dirasmikan oleh Profesor Goh Yong Meng, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Dua orang penceramah telah dijemput iaitu pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, Profesor Dr Abdul Rahman Omar dan juga Profesor Dr Wan Kiew Lian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala moderator seminar ialah Dr NurMahiza Mohd Isa. Seminar ini dianjurkan kerana data statistik menunjukkan bilangan penurunan penerima geran pensyarah FPV sejak lima tahun kebelakangan ini. Justeru itu, pihak pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan & Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan Veterinar merasakan adalah wajar dianjurkan satu penerangan dalam bentuk seminar bagi memantapkan kefahaman penulisan geran terutamanya di kalangan pensyarah muda. Objektif seminar ini ialah untuk memberikan penerangan kepada ahli akademik fakulti mengenai penulisan geran yang efektif. Selain itu juga, seminar ini dapat memantapkan kefahaman pensyarah tentang keperluan spesifik mengikut keperluan geran. Hasil dapatan daripada seminar ini juga berupaya meningkatkan pengetahuan para penyelidik muda FPV dalam bidang penyelidikan khususnya dalam penghasilan kertas kerja. Seminar ini juga dapat membuka ruang dan meningkatkan kualiti penyelidikan dan penerima geran dikalangan pensyarah terutama yang berada dalam peringkat awal karier. Pensyarah juga dapat berjumpa, berbincang dan mendapatkan nasihat dan ‘tips’ dari pakar secara langsung dan berupaya untuk menhasilkan penulisan kertas kerja penyelidikan yang lebih berkualiti. |
Tarikh Input: 12/07/2024 | Kemaskini: 12/07/2024 | azmer
