PROGRAM VETPIL RUMINAN DI PEKAN BANTU PENTERNAK TINGKATKAN HASIL TERNAKAN | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» ARTIKEL » PROGRAM VETPIL RUMINAN DI PEKAN BANTU PENTERNAK TINGKATKAN HASIL TERNAKAN

PROGRAM VETPIL RUMINAN DI PEKAN BANTU PENTERNAK TINGKATKAN HASIL TERNAKAN

PROGRAM VETPIL RUMINAN DI PEKAN BANTU PENTERNAK TINGKATKAN HASIL TERNAKAN

Fakulti Perubatan Veterinar UPM dengan kerjasama Ladang Agropolitan Batu 8 Lepar, Pekan, Pahang telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu Vetpil Ruminan pada 24 Mac 2022.

Program ini diperkenalkan bertujuan untuk menjadi medium kepada ahli akademik Fakulti Perubatan Veterinar UPM dalam menyampaikan perkongsian ilmu pengetahuan hasil dari penyelidikan kepada penternak ruminan di Malaysia dan seterusnya membantu para penternak meningkatkan hasil ternakan yang berkualiti.

Peserta program ini diberi penerangan berkenaan tiga faktor utama dalam ternakan ruminan iaitu pemakanan ruminan, reproduksi ruminan dan penyakit lazim ruminan yang disampaikan oleh pakar dalam bidang tersebut.

Menurut Prof. Gs. Ts. Dr. Faez Firdaus Jesse Abdullah, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan Veterinar UPM merangkap pengarah program ini berkata, program perkongsian ilmu dari menara gading kepada komuniti adalah sangat penting terutama kepada pemegang taruh melalui konsep translasi penyelidikan dan maklumat kajian di universiti. Hasil penyelidikan bukan sahaja perlu diterbitkan dalam makalah saintifik tetapi ia juga harus dikongsikan bersama komuniti dan pemegang taruh secara lansung.

Tambahnya lagi, program perkongsian ilmu ini selaras dengan moto Universiti Putra Malaysia iaitu "Berilmu Berbakti" dan sekali gus menyahut seruan Naib Canselor UPM dalam menggema seruan Al-Falah dari menara gading.

Selain itu juga, Program VETPIL ini akan meningkatkan jalinan usahasama bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam program-program yang akan dilaksanakan dimasa akan datang.

 

Tarikh Input: 28/03/2022 | Kemaskini: 30/03/2022 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDdRAq~