Jom Saksikan Webinar Kesihatan Kucing (Instagram Live)! | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» ARTIKEL » Jom saksikan webinar kesihatan kucing (Instagram Live)!

Jom saksikan webinar kesihatan kucing (Instagram Live)!

Copy of live ig event.png

JEMPUTAN WEBINAR KESIHATAN KUCING (INSTAGRAM LIVE)

Merujuk perkara diatas, dengan sukacita menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan ke webinar kesihatan kucing. Webinar ini adalah anjuran pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) Tahun 1 di bawah kursus keusahawanan veterinar (VPP3171). 

Tentatif program adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Julai 2022 (11 pagi-12 tengahari)

Aplikasi: Instagram

@Putrabiz.veterinar 

@salehatulkhuzaimah_the_vet

Antara pengisian webinar ialah pelajar DPV tahun 1 akan menerangkan mengenai penyakit 'Feline Lower Urinary Tract' (FLUTD) menggunakan prototaip anatomi yang mereka cipta. Sesi soal jawab pula akan diselia oleh Dr Salehatul Khuzaimah Mohd Ali, Prof Madya Dr Intan Shameha Abdul Razak dan Dr Syamira Syazuana Zaini semasa webinar tersebut berlangsung. Mohon majukan maklumat ini kepada pemilik haiwan yang ingin meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan haiwan peliharaan mereka dan ingin berkomunikasi dengan doktor veterinar. 

Semoga aktiviti pelajar ini dapat meningkatkan kebajikan haiwan. 
 
Segala kerjasama saya sudahi dengan ucapan ribuan terima kasih. 
 
Yang menjalankan amanah,
Dr Norhariani Mohd Nor
Penyelaras Kursus Keusahawanan Veterinar (VPP3171)

Tarikh Input: 28/06/2022 | Kemaskini: 28/06/2022 | mjamil

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
BVKBXA7:23:08