TERIOGENOLOGI DAN SITOGENETIK | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» TERIOGENOLOGI DAN SITOGENETIK

TERIOGENOLOGI DAN SITOGENETIK

Bidang ini memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan obstetrik serta ketidaksuburan yang biasa berlaku dalam amalan perubatan. Pelajar perlu memahami dan memperoleh pengetahuan mengenai kitaran estrus, dan kemahiran diagnosis kehamilan, pengumpulan serta penilaian semen dan permanian beradas untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang ini.  Penekanan yang khusus diberikan kepada program pengurusan pembiakan. Sitogenetik adalah cabang genetik yang berkaitan dengan perhubungan antara warisan dan struktur serta fungsi kromosom. Penyelidikan terhadap masalah pembiakan dan kecacatan kelahiran disebabkan keabnormalan kromosom mengguna kultur darah dan tisu untuk menentukan morfologi dan nombor diploid kromosom. Kekuatan kumpulan penyelidikan ini adalah dalam bioteknologi pembiakan terbantu pada haiwan bela jinak dan liar serta penyakit berkaitan penghasilan veterinar.

Senarai Pakar

Dr. Nurhusien Yimer Degu
Dr. Mark Hiew Wen Han

Kemaskini:: 02/08/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDTKAc~