PERUBATAN EKUIN | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» PERUBATAN EKUIN

PERUBATAN EKUIN

Bidang ini tertumpu kepada perkembangan kepakaran dalam penyelidikan ekuin dengan penekanan diberi kepada kes klinikal, penyakit, diagnosis dan perubatan. Kajian klinikal terhadap penyakit ekuin adalah berasaskan pengumpulan data klinikal dan pengembangan kaedah diagnosis makmal yang lebih berkesan untuk penyiasatan dan rawatan kes klinikal. Calon juga berpeluang untuk menjalankan penyelidikan berkaitan dengan perubatan khusus kuda, masalah pembiakan dan pembiakbakaan ekuin, penyakit zoonosis, epidemiologi, fisiologi latihan, dan penggunaan peralatan diagnosis dalam penyiasatan kes klinikal dan semasa menjalankan pembedahan lapangan. Di antara kekuatan kumpulan penyelidikan ialah perubatan dalaman, pembiakan, penyakit pernafasan, dan gangguan metabolisme dan fisiologi latihan normal dan abnormal pada kuda lasak.

Senarai Pakar

Dr. Noraniza Mohd Adzahan
Prof. Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin

Kemaskini:: 02/08/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDTTAR~