Bidang ini memberi tumpuan kepada kejadian, sebaran, penyebab, pencegahan, kawalan, serta pemantauan penyakit haiwan. Dalam penyelidikan, analisis data epidemiologi diguna untuk menghurai dan menghubungkait pelbagai faktor risiko dengan penyakit haiwan dan penyakit berkaitan kesihatan awam, seperti zoonosis muncul dan terpinggir. Tekanan diberi kepada ketahanan penyakit, residu antibiotic dalam makanan dan keselamatan makanan. Di antara kajian termasuk mutu makanan dan kawalan proses berasas haiwan, penilaian risiko mikrob dan takat kawal kritis analisis bahaya (HACCP). Penyelidikan lapangan termasuk mereka bentuk kajian epidemiologi, perkembangan dan penilaian sistem berasas HACCP untuk ladang ternakan makanan.
Senarai Pakar
Prof. Dr. Saleha Abdul Aziz
Dr. Nur Indah Ahmad
Prof. Dr. Latiffah Hassan
Dr. Sharina Omar
Dr. Siti Zubaidah Ramanoon
Kemaskini:: 02/08/2019 [mjamil]