ANESTESIOLOGI DAN ANALGESIA | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» ANESTESIOLOGI DAN ANALGESIA

ANESTESIOLOGI DAN ANALGESIA

Bidang ini melibatkan pendekatan multidisiplin untuk memajukan pengetahuan dan amalan anestesia dan analgesia. Bidang kajian meliputi penyiasatan terhadap asas anestesia dan analgesia, termasuk biologi sel, mekanisme dan tindakan pelbagai modaliti anestetik dan analgesik, pemodelan sebatian dan modaliti berkaitan dengan anestesia dan analgesia. Kajian boleh juga dijalankan terhadap saling tindak pelbagai modaliti anestetik dan analgesik pada sistem biologi sepadu yang melibatkan sistem saraf, kardiovesel , pernafasan, renal, gastrousus, dan otot. Kaedah pemantauan pesakit seperti suhu, ECG , tekanan darah invasif dan bukan invasif, oksimetri,  output jantung dan analisis gas pernafasan boleh diselidiki untuk disesuaikan kepada amalan veterinar. Inovasi boleh juga dibuat dalam kaedah pernafasan, hemodinamik dan neurofisiologi, termasuk pengkuantitian kesakitan dalam persekitaran klinik untuk meningkatkan penjagaan dan keselamatan pesakit. Penyelidikan yang dijalankan juga termasuk kajian praklinikal dan klinikal dalam pengesahan kepada drug and protokol baharu untuk amalan veteinar.

 

Kemaskini:: 02/08/2019 [mjamil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDTQAb~