Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
» JABATAN » Diagnosis Makmal Veterinar » Pengenalan

Pengenalan

NAMA 
JAWATAN
BIDANG KEPAKARAN  
E-MEL  
TELEFON
Dr. Reuben Sharma
Pensyarah Kanan
Parasitologi Veterinar
reuben@upm.edu.my
+603-9769 3400

 

Jabatan Diagnosis Makmal Veterinar ditubuhkan pada Disember 2012 dan diselia oleh mantan Ketua Jabatan yang pertama iaitu Profesor Dr. Latiffah Hassan bermula Disember 2012 sehingga 30 Jun 2022. Fokus utama jabatan ini adalah pengurusan perkhidmatan professional bagi aktiviti diagnosis dan penjanaan pendapatan di bawah unit yang dikenali sebagai Unit Perkhidmatan Makmal Veterinar (VLSU).

VLSU terdiri daripada gabungan sembilan buah makmal dan staf dari Jabatan Patologi & Mikrobiologi Veterinar, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, dan staf Jabatan Diagnosis Makmal Veterinar yang telah ditubuhkan sejak tahun 2004. Unit ini aktif dalam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dari dalam mahupun luar UPM.

Makmal-makmal tersebut adalah:

  • Makmal Patologi Klinikal
  • Makmal Parasitologi
  • Makmal Bakteriologi
  • Makmal Virologi
  • Makmal Histopatologi
  • Makmal Post Mortem
  • Makmal Akuatik
  • Makmal Penentukuran Pipet
  • Makmal Kesihatan Awam

 

Jabatan juga turut menjalankan aktiviti pengajaran untuk kursus-kursus seperti berikut:

  1. VPD3935 Orientasi Klinikal
  2. VPD4941 Amalan Luar (Diagnosis Makmal)
  3. VPD4970 Siasatan Masalah Veterinar
  4. VPD4971 Penyelesaian Masalah Penyakit
  5. VPM5321 Amalan Bakteriologi Veterinar I
  6. VPM5341 Amalam Virologi Veterinar I
  7. VPM5351 Amalan Parasitologi Veterinar I
  8. VPM5411 Amalan Patologi Veterinar I
  9. VPM5355 Diagnosis Parasitologi Veterinar Lanjutan I
  10. VPM5419 Diagnosis Patologi Veterinar
  11. VPM5322 Amalan Bakteriologi Veterinar II
  12. VPM5352 Amalan Parasitologi Veterinar II


Jabatan Diagnosis Makmal Veterinar
Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM,
Serdang Selangor Darul Ehsan.

Telefon : +603 9769 3400/3944

Kemaskini:: 05/05/2023 [tgnorhuda]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
SXDcXAY~