Semangat Kerjasama Terserlah Dalam Suasana Ceria. | FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
» NEWS » Semangat kerjasama terserlah dalam suasana ceria.

Semangat kerjasama terserlah dalam suasana ceria.

BANTING, 07 Dis : Hari keluarga Fakulti Perubatan Veterinar, Anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (KSRV) Sesi 2018/2019 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lalu dengan semangat kerjasama dalam suasana yang ceria.

Pada tahun ini, KSRV Sesi 2018/2019 telah memilih Tadom Hill Resorts sebagai tempat berkumpul bagi menjalankan aktiviti riadah dan acara sukaneka.

Seramai 170 peserta yang hadir terdiri dari warga fakulti bersama keluarga mereka. Hari Keluarga FPV 2019 kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Dekan, Prof Abdul Rahman Omar yang baru sahaja dilantik pada 1hb Disember 2019. Perasmian Hari Keluarga ini telah dilakukan dengan ucapan dari Yang Berbahagia Dekan dan upacara perlepasan burung merpati di Tadom Hill Resorts sebagai simbolik perasmian. 

"Aktiviti Hari Keluarga FPV pada hari ini adalah aktiviti yang pertama saya hadir selaku memegang jawatan Dekan yang baharu di Fakulti Perubatan Veterinar. Saya amat berterima kasih di atas kehadiran semua dan saya mengambil peluang pada hari ini untuk beramah mesra bersama warga fakulti sekalian. Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Yang Berbahagia Prof Dato Dr Mohd Hair Bejo iaitu Mantan Dekan yang telah membawa nama Fakulti Perubatan Veterinar ke tahap yang cemerlang dan saya akan meneruskan kegemilangan tersebut di masa akan datang, InsyaAllah", kata Yang Berbahagia Prof Abdul Rahman Omar.

Selain aktiviti berkumpul dan beriadah bersama keluarga, KSRV juga telah menjalankan beberapa aktiviti seperti sukaneka bagi ibu bapa, pasangan dan anak-anak, juga berkaraoke santai dan barbeque.

"Semoga Hari Keluarga FPV pada tahun ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga staf dan juga sesama keluarga mereka. Kebetulan pada bulan ini adalah cuti persekolahan, dan kita dapat melihat kemeriahan anak-anak dan ibu bapa bersantai dan menghabiskan masa riadah bersama keluarga tercinta. Saya sebagai Pengerusi KSRV Sesi 2018/2019 ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua warga FPV yang hadir dan juga kepada pemberi sumbangan berbentuk tenaga dan makanan yang dihidangkan. Semoga kita berjumpa lagi pada aktiviti KSRV pada tahun hadapan, 2020!!!", kata Prof Madya Dr Hafandi Ahmad. -  Oleh  Prof. Madya Dr Hafandi Ahmad Pengerusi KSRV

Date of Input: 09/12/2019 | Updated: 09/12/2019 | mjamil

MEDIA SHARING

FACULTY OF VETERINARY MEDICINE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 3896
+603 9769 1971
C1600626251