
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBhg.Prof./Dato'/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,
Menjelang berakhirnya Ramadan dan tibanya Syawal 1443H, saya mewakili Kelab Sukan dan Rekreasi Veterinar (KSRV) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" dan selamat bercuti kepada semua warga Fakulti.
Ramadan berlalu meninggalkan kita,
Syawal menjelma dirai gembira,
Ampun dan maaf bersama dipinta,
Semoga gembira di hari mulia.
Selamat pulang ke kampung halaman dan berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat semuanya, InsyaAllah.
Salam Lebaran..
~HASLIZA~
Pengerusi KSRV 2021-2022
Fakulti Perubatan Veterinar
Date of Input: 29/04/2022 |
Updated: 29/04/2022 | mjamil
MEDIA SHARING